“Apa Kau Buat Masa ‘Online Class’?” – Gembira ‘Result’ SPM 5G Masuk FYP TikTok, Ada Netizen Pertikaikan

Kehidupan

“Apa Kau Buat Masa ‘Online Class’?” – Gembira ‘Result’ SPM 5G Masuk FYP TikTok, Ada Netizen Pertikaikan

Sejak keluarnya keputusan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) 2021 pada Khamis, semalam, ramai pelajar berkongsikan perasaan suka serta duka mereka di media sosial masing-masing.

Bagaimanapun, satu pelajar ini telah membuatkan beberapa netizen berasa kurang senang apabila dia dengan bangganya menayangkan keputusan gagal yang diperolehi di aplikasi TikTok.

Advertisement

Tiada niat untuk memperlekehkan keputusan yang diterima, namun netizen merasakan content seperti itu akan memberi contoh yang tidak baik untuk pelajar-pelajar lain yang akan duduki peperiksaan itu nanti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Dilihat dari video yang dimuat naik semula oleh pihak mStar itu, pelajar terbabit memperoleh lima keputusan gagal (G) iaitu Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam, Sejarah, Matematik dan Sains.

Lihat dari pada reaksi pelajar tersebut, dia seolah-olah berasa gembira serta tidak menyangka video yang dimuat naik itu memasuki For You Page (FYP) di platform TikTok.

Video tersebut telah meraih perhatian daripada para warganet dan ada yang mempertikaikan apa yang dilakukan oleh pelajar tersebut semasa belajar di atas talian.

Kebanyakannya G semua, kamu semua buat apa dalam kelas online waktu PKP?

Netizen terbabit berpendapat pelajar tersebut mempunyai banyak masa untuk belajar bagi mendapatkan keputusan yang elok serta tidak menyangka seorang pelajar boleh mendapat keputusan seperti itu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

spm
2 years ago

(VIDEO) "Tak Apalah.. At Least Akhlak Jaga" - Dapat 'Result' SPM 2G, Anak Terharu Dengar 'Voice Note' Ayah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...