“Apa Kami Harapkan Hanyalah Keajaiban..” – Masih Mengenangkan Arwah Sahabat, Azlee Jaafar Sebak Kehilangan Hamdan

Trending

“Apa Kami Harapkan Hanyalah Keajaiban..” – Masih Mengenangkan Arwah Sahabat, Azlee Jaafar Sebak Kehilangan Hamdan

Salah seorang anggota Senario, Azlee Jaafar akui sedang berduka dengan kehilangan sahabatnya, Hamdan Ramli tengah hari tadi. Katanya, Hamdan tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda sakit sehinggalah pengsan semasa raptai di sebuah acara pada 30 Disember lepas.

Berita pemergiaan arwah

Menurut Azlee, ketika kali terakhir mereka semua bersama, dirinya merasa seronok kerana semua anggota Senario dapat berkumpul. Namun ketika doktor memberitahu jantung sahabatnya itu semakin lemah, dirinya hanya mampu berdoa untuk arwah.

Advertisement

Apa yang kami harapkan hanyalah keajaiban. Namun, Allah lebih sayang arwah. Hingga kini saya masih belum menghadam berita pemergiaan arwah.

Rasa kehilangan

Kata anggota Senario ini lagi, jenazah arwah akan diuruskan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru sebelum dibawa ke Ipoh, Perak. Katanya urusan di HSA akan selesai sekitar pukul 3 petang dan dijangka sampai ke Ipoh pukul 8 malam ini.

Berkenaan urusan pengkebumian itu belum pasti sama ada hari ini ataupun esok. Saya akan bertolak ke Ipoh sebentar lagi.

Terdahulu, Hamdan ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) akibat jangkitan kuman dalam darah sebelum menghembuskan nafas terakhirnya tengah hari tadi.

Hamdan
4 months ago

(TAKZIAH) Hamdan Senario Meninggal Dunia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...