Apa Kaitan Jerebu, Rakuten & MyCyberSale? Ini Jawapannya

Hiburan

Apa Kaitan Jerebu, Rakuten & MyCyberSale? Ini Jawapannya

Seminggu dua ini negara kita Malaysia diselubungi oleh jerebu. Fuh!!! Abang Nara setiap hari hantar Aariz pergi sekolah dan menggeleng-gelengkan kepala melihat ketebalan jerebu. Sampai mata pun pedih ketika memandu. Tahap jerebu kali ini memang agak teruk. Bayangkan toll gate kat Jalan Duta tue pun Abang Nara boleh tak nampak. Memang menakutkan.

rakuten

Advertisement

Dengan anak 3 orang yang masih kecil, Abang Nara perlukan sesuatu untuk memastikan kualiti udara di dalam rumah tidak menjadi teruk kerana jerebu. Kita yang dewasa ini boleh lagi tahan tapi budak-budak memang lebih sensitif. Enggan mengambil risiko, Abang Nara terus buka salah satu laman web membeli belah kegemaran Abang Nara iaitu Rakuten Malaysia. Misi kali ini ialah mencari air purifier untuk membersihkan udara di dalam rumah.
rakutenCari punya cari, akhirnya Abang Nara jumpa air purifier yang dijual oleh WowBay. Harga murah sangat-sangat. Abang Nara terus klik dan beli. Sambil-sambil tue, Abang Nara ushar lah lagi apa produk yang ada dijual oleh WowBay ini. Memang not bad. Banyak yang menarik dengan harga yang sangat berpatutan. Produk-produk WowBay semua comel-comel. USB ada, kipas kecil, earphone dan macam-macam lagilah.

rakuten

antara produk yang dijual di WowBay

Selepas 3 hari, air purifier Abang Nara pun tiba di rumah. Pantas dan tuntas sungguh WowBay punya perkhidmatan. Comel tak air purifier yang Abang Nara beli?

rakuten

Sebabkan anak Abang Nara selalu main di ruang tamu, Abang Nara letaklah air purifier ini di kabinet tv. Memang terasa perbezaan sebelum dan selepas guna air purifier. Udara terasa lebih segar. Thumbs up!!!

rakuten

Korang tak minat air purifier yang macam Abang Nara beli nie? Don’t worry. WowBay menyediakan 4 lagi pilihan untuk anda. Setiap orang memang mempunyai ‘taste’ yang berbeza. Yang penting harga tak sampai RM100 pun. Sekali sekala beli untuk kesihatan kita sekeluarga apa salahnya kan? Lebih-lebih lagi time jerebu macam nie.

rakuten

pilih je yang mana korang suka

Kalau korang ingat dulu, Abang Nara pernah cerita tentang kelebihan Rakuten yang menyebabkan Abang Nara selalu shopping kat sini. Dengan tagline “Shopping Is Entertainment”, Abang Nara paling suka dengan program rewards Rakuten Super Points. Beli je apa-apa akan dapat points dan points ini boleh digunakan untuk dapatkan diskaun bila korang buat pembelian seterusnya (1 points bernilai RM1).
rakutenLagi best, kalau korang selalu tengok Facebook Rakuten, ada macam-macam promo untuk dapatkan lebih banyak Rakuten Super Points (RSP) nie. Boleh gandakan 10 kali lah, 16 kali lah. Contohnya macam ketika sambutan Hari Malaysia baru-baru nie Rakuten bagi free 16 RSP untuk setiap pembelian RM100. Maknanya korang dapat RM16 free-free macma tue je.rakuten

Best kan www.rakuten.com.my nie? Banyak sangat kelebihannya. Memang selalu sangat Rakuten buat promosi tak masuk akal. Yang terbaru tak lain tak bukan ialah kempen MycyberSale yang menjanjikan diskaun sehingga 90%. Gulp!!!

rakuten

MyCybersale ini adalah kempen kerjasama antara Rakuten dan MdEC yang bermula hari ini (28 September 2015) sehingga 2 Oktober 2015. Harga yang ditawarkan ketika kempen ini memang boleh menyebabkan korang shopping tak berhenti. Murah gila-gila. Lagi banyak korang beli, lagi banyak penjimatan. Kalau dalam bahasa omputih, Shop More! Save More!. Abang Nara tengah ushar kot-kot ada diskaun untuk PS4. Itu memang target Abang Nara dari awal tahun lagi.

rakuten

Nasihat Abang Nara, sentiasa pastikan laman web www.rakuten.com.my terbuka untuk dapatkan ‘daily flash sale’, produk pada harga RM10 (bukan produk cikai-cikai ye), 50% diskaun dan macam-macam lagilah. Sila tekan ‘refresh’ berulang-ulang kali supaya korang tak terlepas promosi-promosi awesome ini. Ingat, Rakuten MycyberSale ini telah bermula hari ini sehingga 2 Oktober nanti. Pastikan korang sediakan duit secukupnya. Jangan nak nangis kalau tak dapat beli barang yang korang nak pada harga murah tak ingat. Selamat membeli belah!!!

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...