Tipulah kalau anda cakap yang anda tak pernah belek wajah di cermin hampir berkali-kali sehari. Geram betul apabila lihat kulit wajah sekejap elok, sekejap buat hal. Bukan sikit kalau dia meragam, naik jerawat di merata tempat lah, kulit secara terang kering bertompok. Macam nak umum dan tayang kepada semua orang bahawa kulit wajah anda memang bermasalah.
Mungkin anda selalu dengar mengenai jenis kulit wajah sama ada berminyak, kering dan kombinasi kan? Tapi tahu tak bahawa kemungkinan besar anda sendiri tak sedar bahawa keadaan itu disebabkan oleh kulit wajah anda yang sebenarnya sejenis reaktif. Apa? Relaks dahulu, ianya membawa maksud bahawa kulit anda tersangatlah sensitif dengan pelbagai keadaan dalaman dan luaran bak daun semalu menguncup apabila disentuh. Dahsyat kan?
Hormon kacau bilau
Walaupun badan ini sah milik sendiri tapi siapalah kita untuk mengawal apa yang terjadi di dalamnya. Kadang-kadang apabila hormon kita mula dilambung badai angin monsoon, mulalah semua masalah terpampang pada kulit wajah. Malam tidur muka licin sahaja tapi apabila bangun pagi, wajah anda dah disapa dengan jerawat. Tak cukup dengan itu, kulit mula menjadi kemerahan dan kering kontang. Stres!
Tabiat makan dan tidur yang ‘caca marba’
Antara perkara yang paling dipandang remeh oleh wanita di luar sana, baik mengaku! Memang syok tidur lambat kemudian bangun awal sebab berhabis masa tatal segala laman media sosial yang ada. Bila dah tidur lambat, tepat jam 12 tengah malam sahaja, sudah pasti perut menjerit minta ‘isi minyak’. Mulalah buat mi segera dan segala makanan ringan lain. Tahu tak bahawa tabiat buruk anda ini mampu membuatkan kulit protes. Nasiblah..
Cuaca tak menentu, kulit pun tak menentu
Mungkin anda tak perasan tapi sebenarnya cuaca ialah antara penyebab kepada kulit anda meragam. Bayangkan apabila panas terik dan anda pula buat sambil lewa tak pakai krim pelindung cahaya matahari, nantikan sahaja kulit anda menjadi kering dan bersisik. Apabila cuaca lembap pula, dalam sekelip mata pula wajah anda mula melekit dan berminyak. Aduh..
Solekan ‘musuh dalam selimut’
Jangan percayakan bulat-bulat review produk solekan yang anda tatap di laman media sosial. Ini kerana apa yang baik untuk orang lain tak semestinya baik untuk anda tahu? Apabila anda menggunakan pelbagai produk solekan secara menonong tanpa mengkaji kandungannya terlebih dahulu, tak mustahil kulit wajah anda akan mengamuk dan bermasalah.
Banyak kan penyebab kepada masalah kulit apabila anda mempunyai kulit reaktif? Memang ‘mission impossible’ lah kalau nak elak kesemua faktor ini. Sebab itulah anda perlu berteman rapat dengan produk penjagaan wajah yang sesuai untuk memanjakan kulit sensitif ini.
Masalah kulit reaktif selesai dengan bantuan rangkaian produk Neutrogena® LABS
Anda tak perlu risau lagi kerana Neutrogena® sangat berjiwa pengguna dan memahami masalah yang dihadapi oleh mereka yang mempunyai kulit reaktif ini. Disebabkan itulah, kini muncul rangkaian Neutrogena® LABS iaitu pembersih magnetik khas untuk anda yang sudah lama menderita dek masalah ini!
Neutrogena® LABS Hydrating Micellar Jelly Make Up Remover
Neutrogena® LABS Hydrating Micellar Gel Cleanser
Neutrogena® LABS Clarifying Micellar Jelly Make Up Remover
Neutrogena® LABS Clarifying Micellar Gel Cleanser
Bukan sahaja pembotolannya yang menarik tetapi kelebihannya juga adalah sangat sesuai dengan sesiapa yang mempunyai kulit reaktif. Dengan menggunakan rangkaian produk Neutrogena® LABS yang terdiri daripada pencuci muka sehinggalah pembersih solekan, anda mampu menyahkan setiap kotoran secara lembut sahaja. Malah ia juga mampu menyeimbangkan pH kulit wajah anda supaya kembali natural.
Tak cukup dengan itu, siri pembersih magnetik Neutrogena® LABS ini juga berkesan menanggalkan solekan dengan 0% iritasi selain membantu mengurangkan masalah kulit kering dek kemampuannya untuk membekalkan kelembapan pada kulit kerana kehadiran Hyaluronic Acid (HA). Lagi best, lapisan kulit juga tidak akan terjejas kerana kandungan Poly Hydroxy Acid (PHA) yang bertindak menanggalkan segala jenis anasir jahat dengan manja.
Mesti dah teruja nak miliki rangkaian Neutrogena® LABS ini kan? Tak perlu garu kepala nak mencari, anda boleh kunjungi cawangan Watsons berdekatan ataupun lebih senang terus sahaja shopping sakan secara atas talian.
Untuk mudahkan pengalaman membeli-belah anda, nah! pautan terus ke produk tersebut di laman web rasmi Watsons.
Neutrogena® LABS Hydrating Micellar Jelly Make Up Remover
Neutrogena® LABS Hydrating Micellar Gel Cleanser
Neutrogena® LABS Clarifying Micellar Jelly Make Up Remover
Neutrogena® LABS Clarifying Micellar Gel Cleanser
Untuk dapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai siri produk Neutrogena® LABS khas untuk kulit reaktif ini, anda boleh melawat ke laman media sosial Neutrogena® seperti Instagram dan Facebook.
Rawat kulit reaktif menggunakan pembersih magnetik dengan rangkaian produk Neutrogena® LABS!