Apa Itu ‘Brain Food’? – Tips Berguna Buat Ibu Bapa Bantu Tumbesaran Anak

Makanan

Apa Itu ‘Brain Food’? – Tips Berguna Buat Ibu Bapa Bantu Tumbesaran Anak

Setiap ibu bapa pasti mahu melihat anak mereka membesar dalam keadaan sihat fizikal dan mental.

Umum mengetahui pemilihan makanan yang kaya dengan nutrisi memainkan peranan penting buat anak-anak yang sedang membesar di samping membantu perkembangan otak mereka.

Advertisement

Makanan tertentu memiliki fungsi yang khusus di mana ia dapat meningkatkan kecerdasan anak dan biasa dipanggil brain food. Ia dipercayai boleh meningkatkan daya fokus dan merangsang pertumbuhan sel-sel otak.

Antara makanan yang kaya dengan nutrisinya ialah:-

1. Sayur-sayuran

Sayuran berwarna sememangnya mempengaruhi anak untuk makan dan kaya dengan antioksidan yang membantu sel-sel otak berkembang. Sebagai contoh, bayam, brokoli, lobak merah, kobis merah, tomato dan labu.

sayur-sayuran

2. Ikan salmon (Asid lemak Omega 3, DHA, EPA)

Ikan salmon dapat membantu menjaga kelenturan otak, meningkatkan inteligensi, tingkah laku, emosi dan juga sosial. Dalam masa yang sama, ia dapat meningkatkan daya tumpuan dan pemikiran yang tajam.

ikan salmon

3. Gandum/Oat (kaya dengan vitamin B, E, kalsium dan zink)

gandum dan oat

Gandum dan oat dapat membekalkan energi yang penting untuk otak dan membantu perkembangan dan kesihatan sel-sel dan tisu saraf supaya otak berfungsi dengan optimal.

4. Telur (Kandungan kolin yang tinggi, sumber protein yang penting)

Kolin penting untuk membantu perkembangan daya ingatan yang kuat.

5. Buah Berry (Vitamin C, antioksidan dan omega 3)

Ia bagus untuk mencegah kanser di samping dapat menambah baik fungsi daya ingatan.

buah berry

Clean Eating Method iaitu cara makan yang asli, tidak ditambah dengan bahan perasa adalah cara yang sesuai untuk digunakan ibu bapa bagi menyediakan makanan buat anak-anak.

Ibu bapa perlu mengajar anak untuk makan sayur dengan cara yang sihat seperti kurang minyak, garam dan gula.

Untuk anak yang picky eater, ibu bapa harus bijak mengolah makanan supaya nampak lebih menarik untuk dimakan dengan mempelbagaikan sayuran yang berwarna di dalam satu hidangan.

Anak-anak adalah jantung hati buat para ibu bapa, jadi haruslah dijaga dengan baik…

Join Telegram Amazing Nara untuk info yang lebih menarik!

SUMBER

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...