Sehabisnya salah satu konsert terbesar di Malaysia yang dipersembahkan oleh kumpulan Coldplay itu, ramai peminat yang berkongsi pengalaman mereka di media sosial sebagai tanda kenangan gembira mereka menghadiri konsert itu. Namun, ada juga pelbagai isu yang timbul pada masa yang sama.
Baru-baru ini telah tular sebuah video di TikTok yang menayangkan seorang individu yang sedang menunaikan solat ketika waktu Maghrib di tengah-tengah Stadium Nasional Bukit Jalil tempat berlangsungnya acara berkenaan. Namun begitu, ada sesetengah pihak yang menggangap perkara itu sia-sia sahaja kerana tetap menghadiri acara yang melalaikan.
Apa gunanya solat, tetapi kalah dengan godaan Coldplay iaitu satu tempat maksiat. Tempat bersolat seorang wanita seharusnya seorang diri di rumah, bukan tempat yang campur lelaki dan perempuan.
Kepada netizen, tak semua orang pergi konsert Coldplay ni lupa Tuhan.
Bagus akak ni, walau siapa pun diri kita, solat jangan tinggal.
@izzatizamrii Hayya Ala solah, hayya ala fallah #concertcoldplay2023 #coldplaykl #coldplaykualalumpur2023 #solattiangagama ♬ fix you – favsoundds
Disebabkan ada yang mula mempersoal tempat dan cara wanita tersebut solat, ramai netizen yang ikut sama mengecam individu berkenaan. Kata mereka, konsert itu tidak patut pun diadakan lagi-lagi di saat isu peperangan di Palestin masih lagi berterusan.
Pada masa yang sama, ada juga segelintir warganet yang menyebelahi individu itu kerana masih tidak lupakan kewajipan seorang Muslim meskipun menghadiri konsert Coldplay. Tambahnya, hal itu lebih baik dari mereka yang langsung lupa untuk mendirikan solat di tengah-tengah hiburan tersebut.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.