Usahawan dan bekas suami kepada penyanyi Adira Suhaimi iaitu Datuk Seri Adnan Abu atau digelar Datuk Red meminta followers media sosialnya untuk membantu seorang bayi yang menghidap penyakit paru-paru yang tular baru-baru ini.
Guna media sosial minta bantuan
Hal tersebut demikian selepas tularnya sebuah hantaran di media sosial melihatkan bayi yang terpaksa bergantung pada alat bantuan pernafasan itu dibawa menaiki motosikal bersama ibu dan bapanya untuk ke hospital bagi pemeriksaan.
Oleh itu, Datuk Red berharap dengan followers hampir setengah juta yang dimiliki di akaun TikToknya itu, orang ramai mampu menghulurkan bantuan kepada keluarga serta bayi tersebut.
InshaAllah, Allahuakbar. Mai join abang, saudara-saudaraku. Apa guna abang ada followers hampir setengah juta kalau abang tak gunakan untuk kebaikan.
@dato..red inshaAllah … Allah huakbar.mai joint abg …saudara2 ku.apa guna abg ada polowers hampir 1/2 juta klau abg x gunakan tuk kebaikan.. #abgred #bangkitsemula #abgtakkaya #abgusaha #manayangmampu ♬ Anak Lelakiku – Irfan Hakim
Respon netizen
Dalam pada itu, usahawan ini turut berkata dirinya akan ke Kedah bagi berjumpa dengan keluarga terbabit untuk menyampaikan sedikit bantuan semampunya memandangkan Datuk Red sendiri dalam perjalanan ke beberapa tempat atas tujuan kerja.
Menjengah ke ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen memuji sikap Datuk Red yang menggunakan media sosialnya dengan tujuan mulia bagi membantu mereka yang memerlukan.
Jangan tanya kenapa ramai orang support Abang Red salah satu ini lah sebabnya suka tolong orang walhal abang red sendiri pun dalam kesusahan.
Terbaik Abang Red, sentiasa ingat orang yang lebih memerlukan, semoga abang Red dimurahkan rezeki.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.