April 29th, 2019

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberitahu pihak mereka sedang dalam usaha untu membawa kumpulan K-Pop terkenal BTS bersempena Tahun Melawat Malaysia 2020. Tidak dinafikan, peminat mereka sudah merasa cukup teruja kerana impian untuk melihat artis pujaan mereka membuat persembahan di tanah air akhirnya dapat dilaksanakan.

Namun, pelbagai isu mula timbul dan turut mendapat bantahan bukan sahaja daripada sesetengah netizen tetapi selebriti tempatan juga.

Kali ini, vokalis kumpulan rock terkenal, Wings iaitu Datuk Awie turut menyuarakan pendapat beliau tentang isu tersebut. Katanya, kenapa perlu mengagungkan artis luar negara dan membawa masuk pelbagai budaya pelik ke Malaysia.

Saya bercakap perkara ini demi rakyat, bangsa dan budaya kita. Apa faedahnya RM4.2 juta dihabiskan untuk bawa Kpop masuk ke sini? Sekarang tak kira rambut hijau, kuning, merah semua ada.

Budaya apa sebenarnya yang nak dibawa masuk? Kita yang duduk di depan menonton persembahan mereka tak faham sepatah haram nyanyian mereka. Apa pengajaran yang kita dapat daripada Kpop? Orang luar yang datang tentu pelik apabila tengok artis Korea yang menyanyi.

Pada masa yang sama, Awie turut mempertikai kenyataan kerajaan berkenaan ekonomi negara yang dikatakan teruk tetapi sanggup berbelanja besar untuk membawa BTS ke Malaysia. Apa salahnya untuk berikan peluang kepada artis tempatan?

Cuba bagi duit itu kepada anak bangsa kita. Artis Malaysia yang semakin berusia nak dibiarkan mati begitu saja. Berilah peluang kepada artis lama contohnya kumpulan Wings atau Search yang masih relevan dalam industri seni tanah air.

Nampaknya ramai yang membantah untuk membawa kumpulan ikonik ini ke Malaysia bagi membuat persembahan. Betul ke ia satu pembaziran? Apa komen ARMY semua?

Sumber Berita : Harian Metro

Kredit Foto : Azlan Yaacob


88 responses to “Apa Faedahnya Habis RM4.2 Juta Bawa Artis K-Pop – Awie”

  1. Nak mintak maaf dulu sebab panjang lebar dan pengunaan bahasa “rempit” supaya awie faham. Saya terkejut sebagai musican dia patut faham

    Awie sayang, music yang awak bawa masa tahun 80’an tu budaya mana?
    Music yang awak perjuangkan dari dulu sampai sekarang, imej yang awak bawak (seluar ketat, koyak-koyak, baju pakai tengkorak, subang) itu budaya dari malaysia ke? masa budak2 muda kita dengar lagu2 rock org puteh, majority faham ke maksud lagu? I bet 90% tak faham termasuk awie. Kalau kerajaan decide nak bawak metallica, iron maiden, sex pistol, awak bantah tak? ke awie dulu yang beli tiket cepat2 sbb IKON katanyer?

    Secara terus terang dulu aku benci k-pop, memang tak faham imej diaorg, tak faham apa yang orang tergiler-gilerkan sangat. Tapi aku teringat zaman aku muda dulu masa tergiler2kan rock metal. Jadi aku pun try be open buat research dan dengar lagu BTS-K-POP. Baru aku faham kenapa diaorg berjaya sampai satu dunia. Aku rasa awie mesti tak buat research sebab tu dia pakai main ckp je. Haha korang jangan salah faham pulak, aku still peminat rock..:)

    Kalau dari sudut economy, susah nak ckp sebab kita kena berhujah dari sudut economy dengan fakta-fakta bukan dengan assumption yang pembaziran konsert luar meguntungkan atau membazir. Baru 2 hari lepas BTS buat konsert kat Brazil dan korg pun tahu takde la kaya negara tu. Org miskin dia lagi berlambak-lambak dari malaysia, tapi kenapa still nak panggil BTS? US, UK, France, Germany? kenapa negara2 ni panggil BTS dtg? Rasanyer kerajaan diaorg tak kisah pun pasal K-POP atau BTS….takde tahun melawat pun kat sana….semua sebab duit dan pulangan pada kerajaan. Kalau malaysia buat silap, negara2 yang lain tu pun buat silap jugak ke? Contoh kenapa US and UK panggil BTS datang buat konsert sedangkan negara diaorg pusat pengeluaran artis2 dunia dr zaman perang jepun sampai sekarang dan yg da sendu pun bersepah…

    Kalau dari sudut ugama, Awie tu pun x lepas, cara berpakaian, lirik dan lagu adakah ikut panduan islam? buat konsert waktu2 yang bole membuatkan orang2 yang datang terlepas waktu solat. Buat persembahan kelab2 yang ada arak. Pergaulan bebas lelaki dan perumpuan masa konsert. Toksah citer pasal K-POP atau artis luar negara.

    Kesimpulanyer sebelum kita bantah sesuatu, cuba selidik dan faham betul2, cermin diri sendiri dulu dan tanya diri apakah niat kita membantah..ikut perasaan atau akal.

    Sekian
    Org Biasa

  2. tecit says:

    Stujuuuuu. nak wings dan search di putrajaya. asyik tunggu konsert je. nak jgk konsert free dibayar kerajaan gini. ini kpop. pejadahny ntahh

  3. joe says:

    dia mcm ni, kalau konsert berbayar, lantak lah nk bwa siapa
    tpi kalau konsert free mcm jom heboh, bg je semua artis msia, 1 lagu 300, lantak kau lah nk nanyi lgu apa, cukup, 4.2j, stop nanyi

    • wekkkkkkk says:

      4.2 stop nyanyi retis kita, enjoy sakan, bila tua, rmh x ada, duduk ppr. Dah habis, mula sondol laki org..atau cari janda kaya..

Loading...