Berdasarkan statistik yang Abang Nara ada, 70% daripada pembaca BeautifulNara adalah wanita. Apabila bercakap mengenai wanita, satu perkara yang tidak dapat dipisahkan daripada mereka ialah kecantikan. Tak pernah lagi Abang Nara jumpa seorang wanita yang tidak mementingkan kecantikan. Kesemuanya mahu tampil berseri-seri, jelita dan sedap mata memandang. Tak gitu?
Abang Nara sebagai seorang lelaki berpendapat bahawa kecantikan seorang wanita itu bukan hanya bergantung pada luaran semata-mata. Kulit mulus, tiada jerawat, gigi putih berseri, rambut ikal mayang dan sebagainya memang penting untuk ‘first impression’. Namun kecantikan dalaman juga perlu seiring dengan kecantikan luaran. Iyerlah, kalau muka je cun tapi personaliti tak menarik, cakap pun tak berkeyakinan, tak matang bila berkawan, sedikit sebanyak ia memberikan impak negatif kepada penampilan seorang wanita.
Bak kata orang, kecantikan yang sempurna bermula dari dalam. Kalau bahagian dalaman seorang wanita itu berada dalam kondisi terbaik, pastinya ia akan turut terpancar pada bahagian luaran. Abang Nara ada terbaca beberapa tips untuk mendapatkan kecantikan dalaman yang sempurna. Antaranya ialah:-
1. Minum sekurang-kurangnya 8 gelar air sehari
2. Makan banyak buah
3. Tidur kena cukup. Sekurang-kurangnya 8 jam sehari
4. Jangan lupa basuh muka setiap hari
5. Gunakan LACTACYD untuk pastikan V anda segar sepanjang hari
Lactacyd adalah jenama nombor 1 di Malaysia untuk alat penjagaan wanita. Sudah lebih 25 tahun Lactacyd menjadi peneman setia kaum Hawa di Malaysia. Kalau anda seorang wanita, pastinya anda pernah dengan tentang Lactacyd. Daripada pembacaan Abang Nara, memang tak cukup untuk membasuh V hanya dengan air kerana bahagian tersebut paling sensitif untuk seorang wanita. Sebab itulah Lactacyd menjadi pilihan ramai untuk memastikan kebersihan dan kesegaran sepanjang hari.
Lactacyd White Intimate dan Lactacyd Revitalize merupakan gabungan terbaik untuk penjagaan V seorang wanita. Dengan ‘milk essences’ yang ada di dalamnya, Lactacyd White Intimate dan Revitalize ini bukan sahaja membersihkan malah turut memberikan ‘natural lightening’ dan ‘firming’ kepada V anda. Abang Nara nak terang pun bukannya tahu sangat. Cuba korang tengok video-video di bawah ini.
Lactacyd White Intimate
Sempurnakan kewanitaanmu dengan Lactacyd hari ini juga.