“Apa Dosanya Dilahirkan OKU Pekak” – Kedai Kopi Terkenal Diskriminasi Lelaki OKU Ketika Mohon Kerja

Kehidupan

“Apa Dosanya Dilahirkan OKU Pekak” – Kedai Kopi Terkenal Diskriminasi Lelaki OKU Ketika Mohon Kerja

Seorang lelaki berstatus OKU mendedahkan bahawa dia telah didiskriminasi ketika memohon pekerjaan di salah sebuah kedai kopi terkenal.

Advertisement

Menerusi laman Twitter, Hairul telah memuat naik tangkap layar perbualannya bersama salah seorang pekerja kedai tersebut.

Apa dosanya dilahirkan OKU pekak?”

Berdasarkan perbualan di Whatsapp itu, permohonan Hairul berjalan lancar sehinggalah dia mendedahkan tentang statusnya.

Individu yang mewakili kedai tersebut terus berkata pengambilan pekerja baru telah pun ditutup.

Ramai pengguna Twitter mengecam tindakan pekerja tersebut dan menerusi tweet tersebut, akaun rasmi kedai kopi itu serta pengurus besar juga ada memberi maklum balas.

Kata mereka, perkara itu sedang dalam siasatan dan pihak pengurusan mengambil serius dengan isu terbabit. Pengurus tersebut turut meminta Hairul untuk menghantar permohonan kepadanya secara peribadi.

Pada tahun 2022 ini seharusnya sudah tiada lagi isu tentang diskriminasi terhadap golongan kelainan upaya. Kekurangan mereka bukanlah sesuatu yang patut dijadikan alasan untuk tidak mengambil mereka sebagai pekerja.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Tak Boleh Cakap Betul Betul Ke?" - Lelaki OKU Suka Main TikTok, Dituduh 'Buat Buat Cacat' Demi Video

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Twitter

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...