“Apa Dibuat Itu Pelik-Pelik..” – Kongsi Hal Tak Bermanfaat, PU Syed Beri Peringatan Pada Aliff Syukri

Kehidupan

“Apa Dibuat Itu Pelik-Pelik..” – Kongsi Hal Tak Bermanfaat, PU Syed Beri Peringatan Pada Aliff Syukri

Baru-baru ini, pendakwah selebriti Pencetus Ummah (PU) Syed tampil memberi teguran terhadap usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri susulan tularnya perkongsian muzik video raya yang mendatangkan persepsi buruk itu.

Jangan buat benda pelik-pelik

Berdasarkan Syed atau nama penuhnya Syed Mohd Bakri Syed Ishak, dia menasihati Aliff untuk menggunakan nikmat kurniaan Allah SWT dengan baik dan bukan membuat perkara yang tidak mendatangkan faedah.

Advertisement

Dia juga memberi peringatan tentang hadis nabi SAW yang bersabda Allah SWT akan memberi balasan kepada mereka yang mengenakan pakaian syuhrah (tampil berbeza).

Saya nak bagi teguran sikit kepada Datuk Seri Aliff Syukri mengenai video klip lagu raya yang dikeluarkan untuk bulan Syawal atau Ramadan ini.

 

Nabi kata, barang siapa yang mengenakan pakaian syuhrah (tampil berbeza) di dunia, nescaya Allah akan mengenakan pakaian kehinaan baginya pada hari kiamat, kemudian membakarnya dengan api neraka.

 

Jadi perkara ini saya nak ingatkan Aliff Syukri sebab tahun lepas kita dah tegur dan tahun ini pun dia buat perkara yang sama.

 

Teguran kepada beliau dan semua muslimin, jangan lah buat benda yang pelik-pelik buat lah sesuatu yang mendapat keredaan Allah SWT.

Diambil tindakan

Tambahan pula, PU Syed turut menyokong cadangan bagi pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap usahawan tersebut bagi mengelakkan hal ini daripada terjadi lagi.

Dari sudut hukum, memang betul pihak pemerintah perlu ambil tindakan kepada beliau sebab tindakan yang dilakukan ini setiap tahun perkara yang sama dibuat.

 

Apa yang dibuat itu pelik-pelik, walaupun lelaki tapi mengenakan pakaian mencolok mata.

 

Hukuman patut dibuat cuma kita boleh beri nasihat dan pihak bertanggungjawab buat garis panduan apa yang boleh dan tidak boleh dipertontonkan.

Terdahulu, Aliff Syukri telah dikecam warganet atas perkongsian video promosi lagu raya yang berkonsepkan sesuatu yang kontroversi. Namun, tak lama kemudian Aliff tampil menyatakan semua itu hanyalah sekadar konten sempena April fools.

April fool
4 weeks ago

"Saya Saja Sakat, Untuk Korang Semua, April Fool" - Aliff Syukri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...