“Apa Dia Nak Buat, Saya Tak Ambil Tahu, Kami Dah Tiada Apa-Apa Ikatan & Hubungan” – Bella Astillah

Hiburan

“Apa Dia Nak Buat, Saya Tak Ambil Tahu, Kami Dah Tiada Apa-Apa Ikatan & Hubungan” – Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah dengan tegas mengatakan dia sudah tidak mengambil tahu dan enggan mengambil ‘port’ mengenai kisah bekas suaminya, Aliff Aziz yang hadir ke mahkamah bagi sebutan kes khalwat bersama Ruhainies pada hari ini.

“Saya tak tahu dan tak ambil tahu” ujarnya ringkas ketika ditemui media.

Advertisement

Kata Bella, dia enggan mengambil peduli tentang individu yang sudah tiada kene mengena dalam kehidupannya.

Dia (Aliff) sudah tak ada apa-apa ikatan dan hubungan dengan saya. Jadi apa sahaja yang dia nak lakukan, nak pergi ke mahkamah atau tidak pergi, dipanggil atau tidak saya pun tak tahu dan tak ambil tahu. Kami sekarang ini sedang menjalani kehidupan masing-masing.

Kongsi ibu kepada dua orang cahaya mata itu, dia ingin mengambil contoh sahabat baiknya, Puteri Sarah Liyana yang kini memilih untuk meneruskan kehidupan bersama-sama anak-anak.

Saya nak jadi macam Puteri Sarah. Tak perlu nak menangis-nangis dah.

Terdahulu, bekas suami Bella, pelakon dan penyanyi Aliff Aziz telah ditangkap khalwat bersama Ruhainies di sebuah kondominium mewah pada awal Mac lalu.

Susulan itu, rumah tangga Bella dan Aliff Aziz musnah buat kali kedua apabila mereka berdua mengambil keputusan untuk bercerai.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

aliff aziz mahkamah
2 months ago

Ruhainies & Aliff Aziz Masih 'Kunci Mulut', Cuma Dedah Sebutan Semula Kes Khalwat Pada Februari 2025

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : HibGlam

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...