Sedia maklum, petinju handal dunia iaitu Khabib Nurmagomedov sudah tiba di Malaysia sejak Isnin lalu dan dia pun ada memuat naik di Instagram memaparkan dirinya berdiri di hadapan menara berkembar Petronas.
Sekadar info, Khabib menghadirkan diri ke Malaysia susulan dijemput ke acara Faith Events di World Trade Centre Kuala Lumpur (WTCKL).
View this post on Instagram
Biarpun, beliau hanya memuat naik gambar tersebut sebagai kenangan di masa akan datang, tetapi terdapat segelintir netizen Indonesia meluahkan rasa kurang senang di ruangan komen hantaran berkenaan.
Kebanyakannya mempersoalkan tindakan Khabib memuat naik gambar tersebut ketika di Kuala Lumpur, Malaysia tetapi tidak ketika dirinya berada di Indonesia, sebelum ini
Bahkan, ada juga netizen seberang meninggalkan komen dengan memburukkan Malaysia dan memainkan isu batik sebelum ini, dek kerana tidak berpuas hati dengan tindakan Khabib.
Enggan menghiraukan komen-komen negatif itu, netizen Malaysia hanya meluahkan rasa gembira melihat petinju hebat itu hadir ke Malaysia dan berkongsi momennya berada di negara ini.