Apa Definisi Hari Raya Aidiliftri Anda?

Hiburan

Apa Definisi Hari Raya Aidiliftri Anda?

Tak lama lagi kita nak menyambut Hari Raya Aidliftri. Pada pendapat Abang Nara, selain daripada kemuncak ibadat puasa di bulan Ramadhan, Hari Raya juga memberi erti keikhlasan, kejujuran dan kepentingan Niat anda. Dalam kata lain #Nawaitu kita. Sempat Abang Nara terbaca kisah Nidzam Jamil, yang mungkin boleh memberi inspirasi kepada anda semua.

Nidzam Jamil adalah seorang pemain bola sepak yang cukup dikenali  ramai sekitar tahun 2000 kerana kehebatannya mengemudi benteng pertahanan serta sikap panas barannya yang sering mengecewakan para penonton.

Advertisement
image

Nidzam Jamil ketika mewakili pasukan Selangor

image

Nidzam Jamil (jersi nombor 15) ketika beraksi untuk skuad kebangsaan

Pemergian abangnya, Zaid Jamil yang juga merupakan seorang pemain bola sepak profesional, telah memberi impak yang cukup besar kepada Nidzam. Susulan kehilangan abangnya, Nidzam Jamil memasang niat untuk mengubah diri dan menebus segala kesilapan yang telah dilakukan pada masa lalu.

Dengan azam dan niatnya untuk membantu masyarakat, Nidzam menjadi jurulatih sebuah pasukan muda. Nidzam dan pasukannya itu ber”NiatBersama” untuk mencapai kejayaan dan memastikan mereka tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukannya oleh satu ketika dahulu. Hasilnya, dengan niat yang tulus, suci dan ikhlas, pasukan yang dibimbing oleh Nidzam berjaya bergelar juara.

image

Sesungguhnya Abang Nara terharu dengan Digi kerana telah berjaya mencipta sebuah video berdasarkan kisah benar Nidzam Jamil ini. Maksud keikhlasan, kejujuran dan kepentingan sesebuah “NiatBersama” itu berjaya disampaikan dengan begitu indah sekali menerusi video ini.

Confirm bergenang air mata tengok, lebih-lebih lagi bila kita nak menyambut Hari Raya Aidilfitri ini.

image

Kesimpulannya, segala apa yang kita lakukan, perlulah dimulakan dengan niat yang betul. Lagi bagus sekiranya niat itu kita lakukan bersama-sama dengan orang tersayang dan mereka yang tercinta. Pastinya niat kita akan lebih diberkati dan sekaligus, kita akan berjaya mencapai apa yang dihajati.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...