Sedia maklum, sejak tahun lalu rakyat sudah boleh mendapatkan self-test kit COVID-19 di kedai runcit ataupun farmasi berdekatan dengan harga yang mampu milik dan tidak perlu pergi ke hospital untuk membuat ujian saringan.
Bagaimanapun, semalam tular di platform Twitter dimana netizen berasa tidak puas hati kerana harga self-test kit sudah semakin naik dan bukannya harga mampu milik lagi.
Gadis tersebut mempersoalkan kenapa harga sekotak sudah tidak lagi dalam lingkungan RM4 hingga RM6, tetapi setiap farmasi yang dikunjungi semuanya berharga RM8 ke atas.
what happened to all the covid self-test kits under 6 ringgit? used to find them in speedmart and mr. diy. now I can’t get any cause they’re “out of stock” pharmacies are selling them for more than 8 ringgit each? how are we to test 3x a week if they’re gonna be bloody pricey?
— Miss Atomic Bomb (@SyarifahAmin) February 15, 2022
Dalam pada itu, beliau turut meluahkan rasa tidak puas hati dengan isu yang berlaku dan mempersoalkan bagaimana untuk dirinya melakukan ujian tersebut sebanyak tiga kali sehari jika harga sekotak sudah semahal itu.
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, ramai juga yang menghadapi situasi dimana sepatutnya harga sekotak jenama test kit tersebut hanya RM4.90 tetapi dibeli dengan harga RM10 sekotak.
Bagaimanapun, ada juga netizen yang mengatakan tidak semua tempat mengalami isu terbabit dan terpulang dekat jenama yang hendak dibeli, lebih-lebih lagi jika membeli di farmasi.
Harap kerajaan mengambil tindakan ke atas farmasi dan kedai runcit yang menaikkan harga ini.