Rasanya dah 2 bulan lebih kes saman Fahrin Ahmad kepada Linda Onn senyap begitu jer. Yang terakhir kami dengar kononnya pihak persatuan Seniman nak tolong setelkan kes nie di luar mahkamah. Lepas tue dah tak ada update apa-apa dah. Dah setel ke belum? Atau Fahrin Ahmad dah cancel nak saman Linda Onn? Nak gak tau perkembangan terkini.
Kami sebenarnya bukanlah nak menggalakkan agar kes saman ini diteruskan. Cuma time kes nie tengah panas, Fahrin Ahmad nampak macam beria benar nak menyamannya. Berani kerana benar katanya. Dan Linda Onn pun taknak mintak maaf sebab dia pun berani kerana benar. Sekarang nie tup-tup pulak Fahrin Ahmad nampak macam menyepikan diri. Mungkinkah ada sesuatu yang di sebalik tabir yang kita tak ketahui?
Harap-harap kalau Fahrin Ahmad baca nie, please update kami dengan kes saman anda. Nak gak tahu penghujung cerita nie. Dan yang paling penting nak tahu siapa yang benar dan siapa yang salah.
P.S: Jangan lupa layan episod ke 7 Project Alpha Musim Ke 2 kat atas tue.. Untuk pengetahuan anda, Project Alpha ada page YouTube diorang yang khas untuk anda semua layan video-video yang telahh diupload. Apa tunggu lagi. Sila pergi serbu sekarang.