Apa Buat 4&5 Julai Ini? Jom Kasi Gegar Stadium Malawati Shah Alam Sempena #KarnivalMegaRaya

Hiburan

Apa Buat 4&5 Julai Ini? Jom Kasi Gegar Stadium Malawati Shah Alam Sempena #KarnivalMegaRaya

Puasa dah masuk 2 minggu. Setiap kali hujung minggu, semua shopping kompleks kat Malaysia ini penuh sesak dengan manusia yang membeli-belah buat persiapan untuk Aidilfitri. Abang Nara pun turut sama menjadi mangsa heretan si isteri tercinta. Cari baju kat KLCC, cari tudung kat Jalan TAR, cari jubah kat SOGO. Penat gila nak jalan-jalan dengan trafik jem bagai. Tak ada ke satu tempat yang kita boleh beli semua persiapan untuk raya?

digi karnival mega sale

gila apa nak bersesak camnie dengan anak 2 orang

Pucuk dicita ulam mendatang. Bersyukur sungguh apabila rintihan hati para suami ini didengar oleh pihak penganjur Karnival Mega Sale Raya 2015 yang bakal berlangsung pada hari Sabtu dan Ahad ini (4&5 Julai). Ia bakal menjadi gedung membeli-belah terbesar di Malaysia dengan lebih 600 vendor menjual pelbagai produk mereka. Jangan risau semua benda yang korang nak cari ada. Tudung Naelofar, jubah lelaki, kopiah, minyak wangi, baju kurung, tudung instant, shawl dan macam-macam lagilah.

Advertisement

digi

Lagi best bila dah lebih 30 orang selebriti yang telah mengesahkan kehadiran mereka ke karnival paling EPIK ini. Dibawakan oleh Digi dan Propaganda Fest, antara kejutan yang paling best ialah duit raya bakal diberikan kepada 100 pengunjung pertama setiap hari dan ada 50 hadiah yang super AWESOME untuk dimenangi. Abang Nara memang suka karnival macam ini. Senang setel semua benda kat satu tempat. Tak ada nak kena drive pergi sana, pergi sini.
digi

Pintu EPIK MEGA RAYA SALE 2015 ini akan dibuka bermula jam 9 pagi sehingga 10 malam pada 4 dan 5 Julai ini di Stadium Malawati Shah Alam. Tapi selalunya vendor-vendor akan panjangkan waktu perniagaan sebab terlalu ramai yang hadir. Dijangkakan ratusan ribu pengunjung akan memeriahkan lagi karnival ini. Tapi jangan risau tentang kesesakan. Parking banyak, kawasan luas dan paling penting, penganjur karnival ini berpengalaman luas bagi memastikan keselesaan dan kemudahan para pengunjung.

digi

Cerita banyak tak guna, kita jumpa di Stadium Malawati Shah Alam pada 4&5 Julai ini untuk menjadi sebahagian daripada pengunjung epik karnival hebat ini. Jangan lupa untuk hashtag #karnivalmegaraya ##digipropa #festivalfest bila anda muatnaik sebarang gambar ketika berada di sana. Maklumat lanjut layari Facebook Digi dan juga Instagram @propagandafest.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...