Apa Beza Sharifah Amani Dan Miera Liyana?

Hiburan

Apa Beza Sharifah Amani Dan Miera Liyana?

sharifah miera

Satu persoalan yang sangat menarik Abang Nara terima di dalam email baru-baru ini. Email tersebut mempersoalkan apakah perbezaan di antara gambar Sharifah Amani dan Miera Liyana yang pernah Abang Nara paparkan di sini. Sila baca email tersebut di bawah:-

Advertisement

Terima kasih sbb sudi baca layangan email sy kepada BN. Di sini saya cuma ingin memberi pandangan sebagai seorang pembaca blog BN dan juga sebagai saudara seagama Islam kita yang suci.

Saya cuma ingin tahu, apa pendapat BN dan juga rakan-rakan yang lain berkenaan pakaian yang dikenakan oleh Miera Liyana pada majlis Rafflesia dan Sharifah Amani sebagai covergirl untuk majalah InTrend. Jika si pelakon yang juga gadis yang masih lagi naif berkenaan dunia hiburan ini mengenakan pakaian yang mendedahkan sebahagian boobs dia kepada umum, semuanya mencela dan mengeji dia.

Bukan niat saya untuk membela mahupun menyokong kenyataan beliau tapi berbeza ke pakaian Miera Liyana dan Sharifah Amani yang mendedahkan betis sehingga ke paras peha itu? Elok sangat ke sebagai seorang Islam berpakaian begitu? Seolah olah mengenakan panties sahaja.

Saya kecewa dengan artis artis yang suka mengenakan pakaian yang terlalu menjolok mata. Bukan Sharifah Amani sahaja. Kadang kadang membuatkan saya meluat dengan kerenah-karenah artis perempuan terutamanya yang tidak pernah memikirkan batas-batas dalam berpakaian. Saya bukanlah seorang gadis yg bertudung labuh shingga ke paras siku, tetapi sekurang kurang nya sama sama lah kita beringat. Kita sebagai seorang Islam kita ada batas dan peraturan yang perlu kita patuhi. Saya bukanlah sempurna. Tetapi sama-samalah kita saling ingat mengingati di akhir zaman ini. Hidup kita hanya sementara.

Sekian. Sekiranya ada yang tersentuh dengan luahan ini, sesungguhnya yang kurang itu adalah dari diri saya sendiri dan yang baik itu adalah dari Allah SWT.

Pendapat Abang Nara ialah pemakaian Miera Liyana sememangnya melampau dan terover sangat seksinya berbanding dengan Sharifah Amani. Disebabkan ke”over”an Miera Liyana sehingga ternampak boobsnyalah yang menyebabkan dia menerima komen yang sepatutnya. Tetapi Abang Nara tak nafikan yang pemakaian Sharifah Amani juga seksi. Tetapi tidaklah setanding dengan Miera Liyana.

Apa pendapat korang pulak?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...