“Apa B*doh Punya Komen” – Jarang ‘Upload’ Gambar Si Kakak, Isteri Caprice Didakwa Pilih Kasih Soal Anak

Hiburan

“Apa B*doh Punya Komen” – Jarang ‘Upload’ Gambar Si Kakak,  Isteri Caprice Didakwa Pilih Kasih Soal Anak

Isteri kepada penyanyi rap terkenal, Caprice iaitu Farra Inalis atau lebih mesra disapa Elis, tampil meluahkan rasa kecewa terhadap segelintir netizen yang menuduh dirinya pilih kasih dalam soal anak-anak.

Menerusi hantaran di Instagram, Elis menjelaskan tidak timbul isu pilih kasih kerana kasih sayangnya terhadap kedua-dua anak adalah sama rata.

Advertisement

Bab anak usahlah dipersoalkan, kau tak faham bertapa strugglenya aku untuk belajar berdamai dengan takdir, pujuk hati sendiri, akur dengan giliran jaga anak, paksa mindset untuk fikir benda benda baik sahaja.

Cuba bagitahu hati ibu mana boleh tenang bila anak tiada di depan mata? Tiada dalam kamus hidup aku untuk ‘dilupakan’ atau ‘pilih kasih’ antara dua beradik ni, aku yang kandung dan melahirkan. Dua dua aku sayang, dua dua keutamaan aku.

Menurut Elis, sebagai seorang ibu, sudah tentu dirinya ingin membawa kedua-dua anak ke mana sahaja, namun hakikat tidak semudah itu.

Elis juga menegaskan apa yang dikongsikan di media sosial hanyalah sebahagian kecil kehidupannya, dan tidak sepatutnya dijadikan ukuran terhadap kasih sayangnya sebagai seorang ibu.

Suami aku lah saksi, yang akan selalu datang peluk dan tak pernah jemu beri kata-kata positif untuk tenangkan hati ini.

Simpanlah jari mu jika tiada benda baik baik untuk komen. Mungkin bagi kau benda tu simple, tapi bagi orang macam aku yang lalui keperitan berjauhan dengan anak… Kata-kata itu sangat mengguris hati aku.

Apa yang aku lalui, tak perlu diceritakan dekat sosial media. Kisah hidup aku bukan untuk sajian netizen. Apa aku post, itu sahaja yang kau layak tengok tentang kehidupan aku.

Dalam hantaran sama, Elis turut menyeru agar netizen lebih berhati-hati ketika memberi komen, terutama melibatkan isu sensitif seperti hubungan ibu dan anak.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

peminat hyper jumpa meerqeen depan mata
2025-08-24 16:24:28

Peminat Jadi 'Hyper' Dapat Jumpa Meerqeen Depan Mata - "Ya Allah, Handsomenya Ciptaan Tuhan"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...