Sedia maklum, sejak pasangan penyampai radio, Imran Aqil dan pempengaruh, Dahlia Rizal mendirikan rumah tangga bersama, mereka sering kali berkongsikan momen-momen manis bersama di media sosial.
Bagaimanapun, nampaknya di laman Twitter (X), ada beberapa netizen meluahkan rasa kurang senang melihat pasangan itu sering bercerita hal rumah tangga kepada pihak media.
Cerita rumahtangga ini, sebaiknya sorok dik. Selagi ia bukan kes jenayah atau yang membahayakan diri. Ada ramai orang yang tak sepatutnya dengar. pic.twitter.com/LIEOmFQwuC
— Roman Akramovich (@SyedAkramin) October 17, 2023
Menurut individu yang memuat naik ciapan itu, cerita rumah tangga sebaiknya disimpan sesama sendiri sahaja.
Kebanyakkan netizen yang meninggalkan komen turut bersetuju dengan pendapat individu tersebut dan merasakan jika selalu berkongsi cerita rumah tangga kepada umum, lama kelamaan akan jadi meluat.