June 27th, 2019

Mengakui rumah tangganya berdepan masalah dan redha andai ditakdirkan berpisah, pelakon Fizo Omar dalam satu kenyataan menerusi akaun Instagramnya hari ini meminta agar diberikan ruang untuk mencari jalan penyelesaian terbaik.

Fizo berkata, apa yang sedang dilalui adalah dugaan buat dirinya dan isteri, Mawar Karim dan berharap ada hikmah disebalik apa yang berlaku.

Menurut Fizo, kini dia sedang menunggu keputusan daripada mahkamah berkaitan masalah rumah tangganya dan meminta agar orang ramai mendoakan yang terbaik buatnya dan Mawar.

Pada masa yang sama, Fizo mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang tidak berhenti memberikan kata-kata semangat kepadanya yang kini melalui saat getir dalam hidupnya.

Terdahulu, mahligai pasangan ini dikatakan bergolak dan mula menjadi bualan apabila Fizo meraikan Aidilfitri berasingan dengan isteri dan anak. Fizo dilaporkan beraya di Kelantan manakala Mawar dan anaknya pula meraikannya di Pulau Pinang.  Mereka mendirikan rumah tangga pada November 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan.


19 responses to “Apa-Apa Pun Keputusan Mahkamah Nanti, Saya Terima – Fizo Omar”

  1. Anonymous says:

    Sebab tu takleh harap kan duit pompuan sebab bile dah dapat anak die tak heran dah laki die..nak2 kalau takde duit…

  2. Anonymous says:

    fizo nih berlagak jer bisness juta2 maju konon… duit cukup2 tuk motor besar kete besar… dulu lagi dah tau fizo ni nak mawar sbb anak org kaya & ade bisness jer… tinggal gf dia sume masa tuh yg xcukup kaya… nk dpt merasa tinggal umah besar hidup mewah tp bini kene settle bil sorang…
    cerai kan jer lah mawar oiiii… jgn smpi ke tua kene bela biawak ni…

  3. kaknam says:

    adoi nara..melampau2 iklan kau kiri kanan atas bawah nak baca pun susah. nnti tmbh [email protected] page la sekali..nk bukak bn pun dah serabut skrg

  4. cinta hingga mati says:

    erm aku doakan kalian berdua dpt bertahan dari bercerai… bertahan jelah..harungi ombak kew lautan api ke badai ke…masa akan cepat berlalu dan anak pun jadi dewasa.. Aku sebagai anak aku happy mempunyai keluarga yg lengkap… Mak bapa x cerai.. Masalah dtg dan pergi…. dgn sesiapa pun kita berkahwin… paten yg sama akan berlaku jg cuma lain2 bentuk…melainkan korang berdua mmg takda rasa cinta walaupun sebesar zarah..itu aku x taulah… tp kalo masih ada cinta…teruskanlah, recall balik ayat2 cinta time nak kawen dulu…aduhai… xkanlah guna ayat selamat serah pada takdir….kemon pls…

  5. Anonymous says:

    retis paling tahan pun 20 tahun kalau ndak hanya 2 / <1 tahun je..
    biar pun mencuri bini atau laki orang…..

Loading...