“Apa-Apa Pun Doakan Saya..” – Bella Astillah & Aliff Aziz Dijangka Bercerai Hari Ini, Aliff Tiba Bersama Ibu

Hiburan

“Apa-Apa Pun Doakan Saya..” – Bella Astillah & Aliff Aziz Dijangka Bercerai Hari Ini, Aliff Tiba Bersama Ibu

Terkini, pelakon dan penyanyi Bella Astillah bersama suaminya, Aliff Aziz dikatakan bakal bercerai buat kali kedua di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekuatuan pada hari ini.

Bella hadir dengan keluarga

Dipetik dari laporan Gempak, Bella hadir ke mahkamah bersama keluarnya iaitu adiknya, Didi Astillah dan ibu, Siti Zarina Astillah. Kata Bella, dia berharap agar segala urusan hari ini berjalan dengan lancar dan mendapat kata sepakat.

Advertisement

Semoga berjalan dengan lancar. Kita tengok apa pendirian dia. Semoga dapat kata sepakat dan tak ada apa masalah.

 

Apa-apa pun keputusan lepas ini, saya akan ikut semua proses. Kita tengok macam mana. Apa-apa pun, doakan saya.

Aliff hadir bersama ibu

Berdasarkan kenyataan daripada peguam syarie mewakili Bella iaitu Azmi Mohd Rais, Aliff Aziz difahamkan hadir pada sebuatan hari ini bersama peguamnya, Hadi Salleh serta ibunya, Siti Hafiza.

Selain itu, berkenaan sebarang pertanyaan berkaitan dengan isu kenyataan Bella semalam, mereka akan menjawabnya selepas kes nanti.

Saya dimaklumkan oleh peguam Aliff dia akan hadir. Jadi hari ini dijadualkan Aliff akan hadir dan menyatakan pendirian dia setuju atau tidak. Kalau tidak, mereka perlu melalui proses Jawatan Kuasa Pendamai (JKP).

 

Yang isu semalam kami jawab selepas kes nanti. Berapa peratus mereka akan cerai, kena tanya peguam Aliff.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ( ألف عزيز ) (@iamaliffaziz)

Terdahulu, pasangan ini telah bercerai kali pertama pada 16 Mei 2019 namun kembali rujuk ketika Bella masih dalam tempoh edah. Pada 13 Mac lalu pula, Bella telah memfailkan cerai secara ekspres namun Aliff gagal hadir ke perbicaraan atas sebab urusan kerja.

ibu bella astillah
4 weeks ago

(VIDEO) Sebak Lihat Ibu Mengalir Air Mata Di Tepi Ketika Bella Astillah Menangis Cerita Tentang Aliff Aziz

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Gempak

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...