Seakan timbul tanda tanya andai posting yang dimuat naik oleh penyanyi Fynn Jamal di laman Instagram miliknya mempunyai kaitan dengan kisah anak perempuan kepada penyanyi Nora Ariffin, namun ianya dilihat bagai satu pesanan dan ingatan buat kaum wanita.
Menerusi ruangan entri berkenaan, Fynn difahamkan tampil memberikan pendapat mengapa pesanan ‘jaga diri’ selalu diberikan kepada wanita.
“Kenapa pesanan ‘jaga diri’ itu lebih selalu ditonyoh pada muka perempuan? Sebab kalau apa-apa jadi, yang lebih teruk dicemuh adalah perempuan. Bunting – perempuan yang hadap kena jawab. Yang jantan entah ke mana hala.”
Ujar Fynn, pesanan untuk menjaga diri itu bukanlah satu sebab untuk menyalahkan perempuan semata-mata namun ia kepada lebih menyanyangi kaum tersebut.
“Jaga diri tu bukan sebab nak salahkan perempuan tapi sebab sayanglah kita berpesan. Apa-apa jadi nanti yang akan kena jawab seranah tu memang perempuan. Nak tunggu dunia ni adil memang beranganlah. Ni dunia kot.”
Tambah Fynn lagi, tidak menjadi toksik kepada anak-anak dan mendengar segala keluhan mereka dengan senyum lebar merupakan psikologi barat yang sentiasa mengingatkan ibu bapa berkenaan hal tersebut.
“Ikatlah anak-anak perempuan kita. Ya, memang saikoloji omputih kita dok berpesan pada parents jangan jadi toksik la, dengar dan senyum lebarlah. Tapi ah, sampai bila nak tipu diri sendiri.”
Sekadar informasi, Fynn sebelum ini cukup terkenal dengan tulisan-tulisan dan lagu-lagu puisinya seperti Arjuna Beta yang dicipta istimewa untuk anak sulungnya. Malah sebelum ini juga nama Fynn turut disebut-sebut warganet sehingga trending di laman Twitter gara-gara luahan dan pandangannya berhubung isu rogol. Bahkan, hampir sebahagian netizen khabarnya tidak berpuas hati dengan pendapat yang dilontarkan penyanyi tersebut.