Apa Akan Jadi Jika Tertinggal Telefon Di Dalam Kereta Api Di Jepun?

Travel

Apa Akan Jadi Jika Tertinggal Telefon Di Dalam Kereta Api Di Jepun?

Barang yang tertinggal seperti telefon di dalam kereta api agak susah untuk kita dapatkan semula jika sudah hilang di Malaysia.

Tetapi berbeza pula dengan negara matahari terbit ini. Dimana anda pasti akan mendapat semula telefon anda jika tertinggal di dalam kereta api mereka.

Macam tak percaya kan? tetapi itulah kebenarannya jika anda berada di Jepun.

Advertisement

Apa akan jadi jika anda tertinggal telefon di dalam kereta api di Jepun? 

Menurut Zunita Ramli, peluang untuk dijumpai semula adalah lebih 90%. Dimana anda perlu pergi ke kaunter “Lost & Found”, dijamin barang anda ada di sana.

pusat lost and found

Pada tahun 2017 sahaja, kaunter Lost & Found telah menyimpan lebih 900,000 barang yang tidak dituntut termasuk wallet, iPhone, cermin mata gelap dan sebagainya di wilayah Tokyo sahaja.

Kebiasaannya, pada hari hujan secara purata 3,000 kaki payung yang tertinggal dijumpai dalam satu-satu hari di wilayah Tokyo. Ini menjadikan pusat peyimpanan barang tidak dituntut terpaksa mengkhaskan 660m kaki persegi untuk simpanan payung sahaja!
payung tertinggal
payung tertinggal

Oleh kerana bilangan barangan yang tak dituntut semakin meningkat, pusat penyimpanan Lost & Found terpaksa diubah-suai menjadi 6 tingkat bangunan bertujuan untuk menyimpan barang yang tak dituntut!

Bilangan ini semakin bertambah dari hari ke hari. Jadi bagaimana pihak terlibat menguruskan barang yang tak dituntut yang semakin banyak ini?

1. Hubungi ahli keluarga/tuan punya

baragan tertinggalJika mereka mempunyai maklumat keluarga seperti di dalam wallet atau telefon yang tertinggal, pihak polis akan menghubungi keluarga atau tuan punya badan. Tetapi terdapat juga kes walaupun telah dihubungi, masih tidak dituntut. Ini menjadikan bilangan barang yang tak dituntut semakin meningkat.
barang tertinggal

2. Jualan ‘TETSUDOU WASUREMONO’

jualan TETSUDOU
Jika setelah beberapa jangka masa yang lama, barang masih tidak dituntut, pihak Lost & Found akan membuat jualan yang dipanggil “Tetsudou Wasuremono” atau “Barangan yang Terlupa di dalam Kereta api” di stesen-stesen kereta api kebiasaannya. Barang-barang ini dilelong serendah ¥60 (RM2.40).

3. Jualan pukal

jualan pukal

Jualan secara pukal juga lazim dilakukan bagi mengosongkan ruang simpanan dengan cepat. Biasanya, ia dijual dalam kotak besar. Tidak boleh dipilih barang di dalamnya, it’s a bargain. Mungkin barang bernilai tinggi dan sebaliknya.

Ada juga barang-barang ini dieksport ke negara luar dan dijual sebagai barang second hand. Complicated juga kan nak uruskan barang yang tak dituntut ni.

Tetapi apa yang kita boleh lihat sikap orang Jepun yang amat jujur, sebatang pensel pun akan dipulangkan ke tempat Lost & Found dan pengurusan yang cekap juga penting untuk menguruskan beratus ribu barang yang tak dituntut.

 

Mungkin ada antara anda yang mempunyai pengalaman hilang barang di Jepun, kongsikanlah dengan kami.

Sumber: Facebook

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...