Apa Akan Jadi Jika Berat Berat Turun Secara Mendadak Ketika Diet

Trending

Apa Akan Jadi Jika Berat Berat Turun Secara Mendadak Ketika Diet

Melakukan diet untuk mengurangkan berat bada memerlukan banyak kesungguhan dan juga motivasi. Apa yang penting dan perlu di ambil kira adalah berapa banyak berat yang ingin diturunkan setiap minggu dan apa yang perlu di lakukan untuk mendapatkan hasil tersebut.

Advertisement

Bagi mereka yang ingin memulakan diet secara ekstrem, anda mungkin dapat menyebabkan badan anda menjadi kurang ber”fungsi”, yang boleh membuatkan anda berhenti diet terlalu awal dan berat badan kembali kepada yang asal….Mungkin lebih lagi…

Di sini terdapat sedikit penjelasan mengenai apa yang boleh terjadi jika diet secara ekstrem dilakukan dan tips bagaimana untuk menurunkan berat badan dengan betul – juga bagaimana untuk mengakalkannya.

Berapakah berat badan yang sesuai diturunkan?

Apa yang penting disini adalah bukan berapa banyak berat yang ingin diturunkan, tetapi berapa peratus berat badan yang perlu diturunkan. Metrik yang selamat adalah untuk menurunkan berat badan anda sebanyak 5 hingga 10 peratus di dalam tempoh 3 bulan.

Kemungkinan besar anda dapat menghadapi isu jika lebih daripada 10 peratus berat badan anda diturunkan dalam masa 3 bulan. Di dalam konteks ini, adalah penting bagi mengingati peratus berat badan anda kerana lain orang lain bacaannya. Dengan kata lain, bagi orang mempunyai berat badan berlebihan, jumlah berat badan yang diturunkan adalah berbeza walaupun peratusannya adalah sama.

Pakar diet juga ada menyatakan bahawa adalah sangat penting untuk memantau berat badan mingguan jika anda sedang di dalam proses menurunkan berat badan.

Apa akan jadi jika berat badan turun secara mendadak

Menurut seorang pakar, Dr Hollingsworth, terdapat banyak kesan sampingan jika berat badan diturunkan secara mendadak. Antaranya adalah seperti sembelit, cirit-birit, mual dan sakit perut. Usus anda sudah biasa untuk menguruskan pelbagai jenis dan jumlah makanan yang berbeza, jadi ia memerlukan masa untuk membiasakan dengan diet baru anda.

Selain itu, anda juga berkemungkinan untuk mengalamai sakit kepala dan perubahan emosi. Sakit kepala ini sebenarnya berpunca apabila kandungan asid klorik berkurang dalam tempoh yang lama ketika sedang dalam diet.

Diet secara ekstrem juga dapat menyebabkan anda susah uuntuk mendapat tidur yang secukupnya kerana mengalami gangguan emomsi. Hormon di dalam badan yang tidak stabil termasuklah cortisol, insulin dan adrenalin akan cuba mengganggu kitaran tidur dan bangun anda – serta menjurus kepada emosi anda menjadi kurang stabil.

Terdapat kes yang lebih teruk lagi dimana kekurangan zat makanan yang menyebabkan kekurangan tenaga, pening berpanjangan dan bengkak badan. Kes sebegini mungkin juga dapat memburukkan lagi keadaan di mana anda mempunyai risiko untuk menghidap anemia, rambut rapuh dan penurunan jumlah otot.

Apa yang anda perlu tahu sebelum menjalani diet

Bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini, adalah sangat penting bagi membuat kajian dan berunding dengan doktor sebelum memulakan diet. Ketika sedang dalam diet, sentiasa memantau keadaan badan anda. Pengambilan jenis makanan juga memainkan peranan yang sangat penting untuk berjaya.

Apa yang paling penting sekali adalah dengan memasukkan juga rutin untuk bersenam di dalam perancangan diet anda itu. Selamat mencuba ya..

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...