“Apa Agenda Sebenarnya?” – Caprice Tak Setuju Akta GEG Dilaksanakan Serta Merta, Gesa Kerajaan Haramkan Arak Juga

Hiburan

“Apa Agenda Sebenarnya?” – Caprice Tak Setuju Akta GEG Dilaksanakan Serta Merta, Gesa Kerajaan Haramkan Arak Juga

Penyanyi rap sensasi, Caprice baru-baru ini ada mengeluarkan kenyataan menggesa kerajaan untuk mengkaji semula akta baharu bagi Kawalan Hasil Tembakau dan Merokok bagi dasar ‘Generational End Game’ (GEG).

Kata Caprice menerusi Instagramnya, dia menyokong GEG namun perkara yang dibentangkan itu sangat-sangat ‘bahaya’ dan memberi impak yang serta-merta kepada industri.

Advertisement

Dia juga dilihat menyerahkan memorandum pengkajian semula GEG itu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq.

Tambahnya lagi, kerajaan sepatutnya mengkaji semula GEG dengan lebih lanjut kerana beranggapan bahawa perlaksanaan akta tersebut dilihat tidak sesuai pada ketika ini.

Adakah ini benar-benar masa terbaik untuk semua ini? Ekonomi teruk. Kos sara hidup meningkat. Orang baru hidup semula selepas COVID-19.

Dalam pada itu, Caprice juga menggesa kerajaan mengharamkan penjualan arak di Malaysia.

Kenyataan itu dibuat penyanyi rap itu bersama-sama dengan tangkap layar Tweet Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dato’ Seri Dr Noor Hisham bin Abdullah yang menjelaskan mengenai fatwa yang mengharamkan rokok elektronik dan vape.

Caprice Sumber : Instagram  

Difahamkan Caprice duta rokok elektronik. Adakah itu sebab dia tidak bersetuju perlaksanaan GEG pada waktu ini? Apa pendapat anda?

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

2 years ago

(VIDEO) "Kalau Post Pasal Gaza Kena Take Down"- Caprice Bengang 'Content' Mariam Hadid Hina Islam Tak Kena 'Banned'

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...