Anzalna Sudah Tetap Tarikh Perkahwinan, Akan Umum Sebulan Sebelum Majlis

Hiburan

Anzalna Sudah Tetap Tarikh Perkahwinan, Akan Umum Sebulan Sebelum Majlis

Percintaan Anzalna Nasir dan Hanif Zaki bukanlah satu rahsia. Kalau anda mengikut perkembangan industri hiburan, pasti anda akan tahu perkara ini. Rasanya dah hampir 5 tahun mereka berdua memadu kasih. Memang dah cukup mengenali antara satu sama lain. Kini Anzalna ada berita gembira untuk para peminat. Dirinya dan Hanif sudah pun menetapkan tarikh perkahwinan. Senang cerita, mereka berdua bakal berkahwin tidak lama lagi!!!

anzalna

Advertisement

Walaupun begitu, Anzalna mengambil pendekatan merahsiakan tarikh perkahwinan tersebut dan hanya akan mengumumkannya sebulan sebelum majlis berlangsung. Amboi berteka-teki nampaknya. Pasti ada sebab Anzalna berahsia sebegini. Tak apalah. Yang penting segala perancangan berjalan lancar. Tak sabar rasanya nak tengok Anzalna dan Hanif bersanding di atas pelamin. Pasti sama cantik sama padan. Kata Anzalna:-

Alhamdulillah, setiap apa yang dirancang sudah menjadi kenyataan. Secara peribadi, saya sudah bersedia untuk berkahwin. Saya akui persiapan ke arah itu sedang dilakukan dan tarikh perkahwinan juga sudah ditetapkan. Cuma ketika ini, biar hanya saya yang tahu.

Sama ada akan dilangsungkan akhir tahun ini seperti yang dicanangkan umum, belum masanya untuk saya berkongsi. Saya hanya akan umumkan sebulan sebelum tarikh kami menaiki jinjang pelamin. Doakan yang terbaik supaya semua perancangan itu menjadi kenyataan.

gambar kahwin anzalna

Umur Anzalna pun dah mencecah 27 tahun. Memang molek sangatlah mendirikan rumah tangga, mendapat cahaya mata dan sentiasa berada di samping orang tercinta. Semoga segalanya dipermudahkan. Niat yang baik pasti akan ditunjukkan jalan olehNya. Sama-sama kita doakan. Lagi beberapa gambar Anzalna dengan membaca artikel ini sepenuhnya.


gambar kahwin anzalna
gambar kahwin anzalna
gambar kahwin anzalna
gambar kahwin anzalna
gambar kahwin anzalna5
gambar kahwin anzalna
gambar kahwin anzalna
gambar kahwin anzalna
gambar kahwin anzalna
gambar kahwin anzalna
gambar kahwin anzalna
gambar kahwin anzalna
gambar kahwin anzalna
gambar kahwin anzalna

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...