August 17th, 2012

Untuk anda yang tidak tahu, Anzalna sebenarnya sudah pun mempunyai kekasih hati. Anzalna sering membawa pakwenya ini ke majlis-majlis hiburan. Boleh tahan jugaklah kekacakan kekasih hati Anzalna. Baru-baru ini, Anzalna telah ditemani Hanif Zaki (nama kekasihnya) ke majlis pelancaran drama Adam dan Hawa.

anzalna dan kekasih

Abang Nara suka dengan style rambut si Hanif nie. Nampak macho gitu. Mereka berdua telah berkenalan sejak 5 tahun dulu namun hanya bercinta sejak tahun lepas. Menurut Anzalna, kalau boleh dia mahu mendirikan rumah tangganya dalam masa 2 tahun iaitu sebelum umurnya mencecah 26 tahun.

Hubungan kami okay. Kalau boleh kami nak kahwin secepat yang mungkin. Tapi dia baru mulakan kerja, saya pula sekarang sibuk dengan dunia seni. Kami sama-sama baru nak mula kumpul duit. Kalau boleh nak kahwin sebelum 26. InsyaAllah kalau jodoh kami dah sampai

anzalna dan kekasih
Baguslah dah ada perancangan macam ini. Jangan jadi macam sesetengah selebriti bercinta sampai berpuluh tahun tapi kahwinnya tidak. Lagi muda kahwin lagilah bagus. Dapat tengok anak membesar. Tak ke gitu? Semoga perancangan Anzalna menjadi dan dipermudahkan. Good luck and all the best.


43 responses to “Anzalna Rancang Kahwin 2 Tahun Lagi”

  1. […] Cerita Artis Selebriti hari ini, Untuk anda yang tidak tahu, Anzalna sebenarnya sudah pun mempunyai kekasih hati. Anzalna sering membawa pakwenya ini ke majlis-majlis hiburan. Boleh tahan jugaklah kekacakan kekasih hati Anzalna. Baru-baru ini, Anzalna telah ditemani Hanif Zaki (nama kekasihnya) ke majlis pelancaran drama … Continue reading ? […]

  2. Man.. I’m not really a lot in to reading through, yet by some means I managed to get to see plenty of articles on your weblog. It’s wonderful precisely how intriguing it really is will visit you usually. mmffwwpplld

Loading...