December 14th, 2015

Setelah beberapa lama mengakui sedang sibuk dengan persiapan perkahwinannya, Anzalna Nasir akhirnya telah mengumumkan tarikh pernikahan beliau bersama kekasih Hanif Zaki menerusi rancangan hiburan popular Melodi.

Memilih konsep perkahwinan tradisional  yang diberi sentuhan moden, pasangan ini akan bernikah pada 21 Februari tahun hadapan di Masjid Negara manakala majlis resepsi mereka pula diadakan di Hotel Grand Hyatt Kuala Lumpur pada 27 Februari.

Alhamdulillah dengan persetujuan dan kesepakatan keluarga Insya-Allah kami akan disatukan sebagai suami isteri pada 21 Febuari depan.

Sebelum ini bukan tidak mahu beritahu tetapi kerana masih belum tarikh untuk diumumkan kepada peminat.

TV3 juga telah diberikan hak sebagai penyiar rasmi perkahwinan Anzalna dan Hanif. Majlis perkahwinan mereka akan di siarkan secara eksklusif menerusi rancangan  Nona, Mahligai Cinta, Wanita Hari Ini dan Melodi.

Tahniah kami ucapkan kepada Anzalna dan Hanif kerana bakal melayari bahtera perkahwinan tidak lama lagi. Harap segala perancangan untuk majlis raja sehari mereka berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...