Sudah lebih tahun mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Hanif Zaki, pelakon jelita Anzalna Nasir sedikit pun tidak terasa hati mahupun terkilan dengan kata-kata negatif mempertikaikan mengapa beliau masih belum dikurniakan zuriat.
Anzalna percaya dengan setiap perancangan Tuhan buat dirinya dan beliau juga tidak pernah henti berusaha untuk mendapatkan cahaya mata.
Saya tak peduli pun orang nak cakap apa tapi saya tahu Tuhan itu merancang segalanya jadi bagi saya suatu hari mereka akan tahu. Kalau saya sendiri yang merancang saya bolehlah sentap dengan kata-kata sedemikian tapi ini semua ketentuan Allah. Go ahead nak kata apa pun, saya tak ambil berat pun orang cakap apa pun.
Buat Anzalna beliau juga tidak mahu terburu-buru dalam soal itu dan menikmati setiap momen yang ada untuk terus bermanja berdua bersama suaminya.