October 12th, 2015

Bertahun menyulam cinta dan mengenal hati budi masing-masing, Anzalna Nasir akhirnya membuat keputusan untuk menamatkan zaman solo bersama  kekasihnya Hanif Zaki tidak lama lagi.

Kata orang tua-tua, kalau bertunang memang banyak cabaran dan dugaan yang akan menguji kekuatan kasih sayang dan rasa cinta. Walaubagaimanapun, Anzalna merasa syukur kerana tidak berhadapan dengan ujian besar dalam tempoh tersebut seperti orang lain kerana mereka hanya akan mengikat tali pertunangan sebelum majlis pernikahan nanti.

Orang kata kalau bertunang dugaannya semakin kuat. Hal kecil pun boleh menjadi besar kalau tak kena gaya. Untungnya kami tidak menjalani proses pertunangan dan hanya menjalaninya sebelum majlis pernikahan nanti.

Lagi satu dalam fasa sebelum menjelang hari besar itu saya dan Hanif sudah jarang berjumpa. Sebab itu antara kami tak ada masalah dan semuanya berjalan dengan baik.

Buat masa ini Anzalna masih belum bersedia untuk mengumumkan tarikh sebenar  majlis perkahwinan beliau. Namun, beliau menyimpan harapan agar segala perancangan bagi hari bersejarah itu akan berrjalan dengan lancar sekaligus menjadi kenangan manis seumur hidupnya.

Buat masa ini biarlah saya merahsiakan dahulu tarikh pernikahan kami. Yang penting akan berlangsung pada awal tahun depan. Siapa yang tak gembira mahu berkahwin tetapi yang lebih utama saya mahu majlis itu nanti berjalan dengan lancar dan menjadi kenangan manis yang diingati sampai ke akhir hayat.

Sebenarnya dugaan ini memang ada lebih-lebih lagi selepas kahwin nanti, apa yang penting jangan pernah pentingkan diri sendiri dan selalu bersikap tolak ansur. Apa-apapun, semoga segalanya berjalan dengan lancar pada hari pernikahan nanti.

Sumber Berita: Utusan Online


Comments are closed.

Loading...