April 20th, 2016

Pengantin baru Anzalna Nasir tidak dapat menahan rasa gembira apabila berpeluang untuk menunaikan ibadah bersama suami tercinta Hanif Zaki. Ini kerana ia sudah lama menjadi impian beliau untuk menjejakkan kaki di Mekah ditemani seorang lelaki bernama suami.

Berbulan madu sebenarnya bukan sekali saja. Saya percaya, setiap haripun boleh jadi bulan madu untuk pasangan suami isteri. Selepas berkahwin, saya fikir tiada istilah berbulan madu. Saya dan suami boleh berbulan madu pada bila-bila masa. Namun, pengalaman mengerjakan umrah baru-baru ini cukup manis untuk dikenang…Alhamdulillah.

Tambah Anzalna, beliau kini cukup seronok menjalani rutin sebagai seorang isteri dan menyediakan makan minum buat suaminya.

Lebih-lebih lagi, sikap Hanif tidak berubah selepas kahwin dan sering memanjakan Anzalna.

Sangat menyeronokkan. Saya banyak berehat kerana belum ada komitmen berlakon. Baru sekarang dapat merasa atau ‘feel’ sebagai isteri. Saya seronok melakukan rutin sebagai suri rumah. Saya gembira dapat menjaga soal makanan dan pakaian suami.

Suami sangat manjakan saya. Selepas berkahwin, tampak ketara sikap penyayangnya. Suami cukup mengambil berat. Benarlah, selepas berkahwin, setiap pasangan akan menunjukkan warna sebenar diri.

Siapa yang tidak seronok apabila ditemani orang tercinta untuk sama-sama melakukan ibadah di tanah suci Mekah. Semoga perkahwinan Anzalna Nasir dan Hanif Zaki kekal bahagia sebegini sehingga akhir hayat mereka. Amin..

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...