Anzalna Nasir Reda Jika Suami Curang – “Semua Pinjaman Tuhan”

Hiburan

Anzalna Nasir Reda Jika Suami Curang – “Semua Pinjaman Tuhan”

Pelakon dan pempengaruh popular, Anzalna Nasir mengakui dia tidak bimbang sekiranya suaminya berlaku curang kerana percaya bahawa segala yang dimiliki di dunia ini hanyalah sementara, pinjaman daripada Allah SWT.

Menurut Anzalna, setiap insan perlu sentiasa bersedia menerima apa jua kemungkinan kerana hidup ini tidak kekal abadi. Tulisnya di media sosial,

Advertisement

Saya yakin apa yang kita ada hanyalah pinjaman. Kalau sesuatu itu bukan milik kita, ia takkan kekal walau bagaimana pun kita cuba pertahankan. Memang sakit dan boleh kecewa, tapi jodoh, ajal, maut semuanya di tangan Allah.

Pandangan tersebut turut dikongsi semula oleh seorang pengguna media sosial yang mengikuti sesi siaran langsung Anzalna di TikTok. Individu itu menyokong pendapat Anzalna tentang pentingnya wanita berdikari kerana beliau sendiri memiliki kereta, rumah dan kewangan sendiri.

anzalna suami

Namun katanya, dalam hal rumah tangga, lebih baik menjaga kata-kata kerana perceraian bukan sekadar soal material, tetapi juga memberi kesan mendalam dari segi spiritual dan emosi, terutama kepada anak-anak.

Kenyataan Anzalna itu menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata memuji sikap tenang serta kematangannya dalam membincangkan soal rumah tangga dan ketentuan Allah.

Untuk rekod, Anzalna berkahwin dengan Hanif Zaki pada tahun 2016 dan dikurniakan dua orang cahaya mata, Mohamad Eidrees dan Mohamad Emirhan.

anzalna nasir
2025-08-22 11:40:47

"Semoga Dia Sempat Insaf Sebelum Ajal Menjemput" - Anzalna Nasir

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...