Anzalna Nasir Dedah Rakan ‘Hilang’ Selepas Diberi Pinjam Duit – “Dah 5 Tahun, Dah Meninggal Kot Senyap Je..”

Hiburan

Anzalna Nasir Dedah Rakan ‘Hilang’ Selepas Diberi Pinjam Duit – “Dah 5 Tahun, Dah Meninggal Kot Senyap Je..”

Pelakon, Anzalna Nasir mendedahkan dia terpaksa berdepan dengan rakan-rakan yang enggan membayar hutang sejak 5 tahun yang lalu.

Menurut Anzalna, dia berasa segan dan malu untuk meminta wang miliknya itu.

Advertisement

anzalna nasir

Saya pun ada kawan-kawan yang berhutang dan tak reti nak bayar!

 

Kita senyap sebab malu nak minta, ingatkan diorang boleh fikir sendiri. Tapi rupanya masing-masing buat senyap juga.

Kata Anzalna, sudah hampir lima tahun rakannya itu meminjam duit namun masih tidak memberi bayangan ingin membayar semula hutang itu.

Dah lima tahun rasanya, dah meninggal kot sebab senyap je.

anzalna nasir

Pelakon itu turut berkata, dia berasa kasihan apabila rakan itu muncul setelah hampir 20 tahun tidak bertegur sapa dengan niat hanya mahu meminjam wang.

Dia juga tidak menyangka mereka akan terus berdiam diri selepas membuat pinjaman.

Dah 20 tahun tak contact tiba-tiba muncul. Ingatkan rindu, rupanya nak pinjam duit.

 

Dengar cerita merintih, kami pun kesian terus bagi. Lepas dapat, terus hilang. Hebat hidup anda.

ig story anzalna

Perkara ini telah dikongsikan menerusi satu hantaran di Instagram Storynya namun dia tidak mendedahkan nama rakan-rakannya itu.

anzalna minta wanita jangan diam diri
3 months ago

"Lelaki Sejati Tak Naik Tangan Dekat Wanita!" - Anzalna Nasir Seru Kaum Wanita Untuk Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...