Anzalna Nasir Belum Ada Tarikh Untuk Berkahwin

Hiburan

Anzalna Nasir Belum Ada Tarikh Untuk Berkahwin

Anzalna Nasir pada kami seorang artis yang mempunyai sifat terbuka dalam membicarakan soal peribadinya kepada umum. Sudah menjalin hubungan cinta yang agak lama bersama Hanif Zaki, aktres jelita ini mengakui sudah terdetik untuk mendirikan rumah tangga.

Sedang merencana untuk berkahwin, Anzalna dan Hanif bagaimanapun belum mempunyai tarikh khusus untuk berkahwin kerana aktres itu kini sedang sibuk menjalani penggambaran drama 148 episod yang memerlukan Anzalna untuk fokus seratus peratus terhadap kerjanya itu.

Advertisement

Perancangan untuk perkahwinan itu memang ada. Namun, sebelum berkahwin saya lebih dulu harus menyiapkan projek drama Memori Cinta Suraya yang dibintangi.

Buat masa sekarang pun, penggambaran drama ini baru siap 60 episod dan saya perlu memberi tumpuan dan komitmen hingga penggambaran selesai.

Saya pun memang sudah bersedia untuk berkahwin. Apatah lagi, saya berasakan kini semua yang pernah saya impikan nampaknya sudah menjadi kenyataan. Cuma, yang masih tinggal impian untuk berkahwin.

Bercerita mengenai teman lelakinya itu, buat Anzalna kekasihnya seorang yang memahami dan sering berada di sisi beliau ketika senang ataupun duka. Malah, Hanif tidak pernah menghalang beliau untuk terus berlakon meskipun selepas mereka menjadi suami dan isteri.

Saya akan terus berlakon walaupun sudah berumah tangga nanti kerana Hanif begitu memahami dan dia takkan menghalang. Dia akan selalu menyokong saya.

Bukan senang untuk setiap orang memahami kerjaya sebagai seorang pelakon, kadang-kadang ada yang cemburu sehingga hubungan berantakan. Buat Anzalna, memang untung anda dapat seseorang yang boleh menerima anda seadanya dan tidak menjadi penghalang didalam karier anda.

Sumber Berita: Harian Metro

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...