July 2nd, 2012

Akhirnya persengketaan antara Neelofa dan Anzalna bakal ditamatkan hari ini. Kira-kira jam 1 tengah hari hari ini, Anzalna dan Neelofa akan bersemuka dengan Presiden Seniman, Zed Zaidi akan turut hadir. Anzalna akan meminta maaf kepada Neelofa untuk menyelesaikan segala kemelut mereka.

anzalna neelofa

Walaupun sebelum ini Anzalna pernah mengeluarkan kenyataan tidak mahu meminta maaf, nampaknya Anzalna sudah pun berubah fikiran. Menurut Mstar Online, Neelofa turut mengenakan beberapa syarat untuk dipatuhi oleh Anzalna. Diharap Anzalna dapat mengikuti syarat-syarat tersebut untuk mengelakkan perkara sebegini berlaku lagi. Kata Anzalna:-

Saya sudah meneliti surat daripada Neelofa. Saya akur dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat itu kerana saya mahu memohon maaf dengan ikhlas dan tidak mahu memanjangkan kes ini. Bagi saya, jika dapat diselesaikan dengan secepat mungkin, ia adalah lebih baik kerana banyak lagi hal lain dalam kehidupan saya yang perlu diuruskan. Kes ini sudah banyak menggangu dan menjejaskan jadual kerja saya. Walaupun saya berasa pelik juga dengan syarat-syarat yang ditetapkan dalam surat itu tetapi saya akur kerana tidak mahu memanjangkan hal ini. Saya bersedia untuk memohon maaf bukan kerana dia tetapi kerana Allah. Saya tidak mahu jika konflik ini berterusan, lebih banyak kesilapan atau tindakan yang boleh mengaibkan orang lain akan saya lakukan sama ada secara sedar atau tidak.

Diharap selepas hari ini, tidak ada lagi kontroversi antara Anzalna dan Neelofa yang akan timbul. Biarlah segalanya tamat di sini. Kepada Anzalna, tahniah kerana berani meminta maaf walaupun sebelum ini anda bersungguh mahu menunjukkan bukti perbuatan Neelofa. Bukan senang untuk meminta maaf lebih-lebih lagi sekiranya kita berasa di pihak yang benar. Tahniah atas keberanian anda.


104 responses to “Anzalna Akan Minta Maaf Pada Neelofa Hari Ini”

  1. gula2kapas says:

    haha..ternyata anzalna mmg bersalah hahah…ko dah kalah wahai anzalna …dah fitnah org ..terima la padahnya

  2. olivia says:

    lawak tol la c zalna ni..mtk maaf krn allah konon. pepn lu pkla sendiri..

    • nolley says:

      bagos ANZALNA org yg memulakan kemaafan die lah tergolong dgn org yg baik2…wlupon diri sdiri yg bsalah xsalah klu kita nak minx maaf… klu org tue x maaf kan u itu masalah die…

  3. HAIRAN says:

    yg ampa semua ni lebih2 marah anzalna gan lofa tu kenapa…pulun betoi la..ampa pon x betoi xpsai2 kata kt orang xtentu hala..ada hati nak perbak org lain..cermin diri tu dulu

  4. Sesape je... says:

    Propa lebih… Berlakon entah ke mana, dah ada publisiti murahan…

Loading...