Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau tidak dijemput untuk menghadiri Himpunan Turun Anwar yang berlangsung pada Sabtu lalu.
Ketika ditanya oleh wartawan sama ada beliau akan hadir ke perhimpunan tersebut, Anwar menjawab ringkas, “Itu, saya tak dijemput,” sewaktu ditemui selepas Pertandingan Akhir Bahas Piala Perdana Menteri 2025.
Meskipun himpunan itu dianjurkan oleh pihak yang tidak sehaluan dengan kerajaan, Anwar sebelum ini telah mengarahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk memberi kerjasama penuh bagi memastikan perhimpunan berlangsung dalam keadaan aman dan tanpa provokasi.
Langkah tersebut mencerminkan komitmen Kerajaan MADANI dalam menjunjung prinsip demokrasi dan Perlembagaan negara, termasuk menghormati hak kebebasan bersuara bagi semua pihak, sama ada yang menyokong atau menentang kerajaan.
Arahan Anwar itu menunjukkan keterbukaan kerajaan terhadap pandangan berbeza serta kesediaan untuk menjamin keselamatan dalam ruang demokrasi yang sihat dan matang.
Sumber foto utama: Jabatan perdana Menteri