Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyambut baik komitmen syarikat teknologi terkemuka dunia, Google yang mengumumkan ingin melabur sebanyak AS$2 bilion bersamaan RM9.41 bilion di Malaysia.
Mempercepat transformasi digital negara
Melalui perkongsian yang dimuat naik di aplikasi X, Anwar berkata pelaburan tersebut akan memberi impak berganda kepada ekonomi tanah air kita sekitar AS$3.2 bilion (RM15.04 bilion) dan pewujudan sebanyak 26,500 pekerjaan menjelang tahun 2030.
Di samping itu, Anwar turut berkata pengumuman baik itu akan turut membantu serta menyokong agenda kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital negara.
Pelaburan terkait pusat data yang pertama bagi Google di Malaysia dan pembangunan rantau Google Cloud ini adalah bukti bahawa perencanaan Kerajaan yang jelas selain kekuatan ekonomi dan sumber negara menjadi tarikan kepada pelabur-pelabur sedia ada dan baharu.
Nescaya, ini meletakkan Malaysia sebagai antara negara utama dalam penggunaan dan perkhidmatan sokongan bagi perkhidmatan berteraskan teknologi digital.
Saya menyambut baik satu lagi pengumuman pelaburan langsung asing ke Malaysia.
Hari ini, Google iaitu sebuah syarikat teknologi utama dunia mengesahkan komitmen pelaburan sebanyak USD2 bilion bagi menyokong agenda Kerajaan dalam mempercepat dan melicinkan transformasi digital… pic.twitter.com/osQj0dvaEg
— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) May 30, 2024
Malaysia dapat gunakan manfaat AI
Tambah Anwar, dalam perbincangan secara maya bersama pihak pengurusan kanan Google pada 6 Mei lepas, dirinya telah menekankan bahawa selain dukungan kepada penggunaan kecerdasan buatan (AI) secara umum, kerjasama strategik perlu ditumpukan dalam bidang pendidikan, kesihatan dan pertanian.
Ini penting bagi memastikan Malaysia dapat memanfaatkan kemahiran dan pendekatan berteraskan teknologi terkini.
Selain itu, kami kongsikan juga artikel trending yang lain pada pautan di bawah.