Anwar Ibrahim Luluskan Peruntukan RM5.27 Juta Bayar Kos Tuisyen MADANI Untuk Pelajar Di Terengganu

Berita

Anwar Ibrahim Luluskan Peruntukan RM5.27 Juta Bayar Kos Tuisyen MADANI Untuk Pelajar Di Terengganu

Melalui laporan Berita Harian, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan peruntukan sebanyak RM5.27 juta bagi membiayai kos tuisyen MADANI untuk pelajar di Terengganu.

Difahamkan daripada penjelasan PMX, peruntukan untuk membiayai kos tuisyen MADANI itu melibatkan lebih 9000 pelajar.

Advertisement

tuisyen MADANI

Peruntukan itu turut diluluskan bagi menampung 614 guru membeli peralatan peralatan mengajar. Terengganu negeri pertama kita umumkan peruntukan untuk Jabatan Pendidikan negeri (JPNT) membantu pelajar mengikuti program tuisyen MADANI.

Perkara tersebut dimaklumkan oleh PMX sewaktu memberi ucapan merasmikan Majlis Penutupan Program MADANI Rakyat 2025 (PMR) peringkat negeri di Pasar Kedai Payang.

tuisyen MADANI

Dalam pada masa yang sama, Menteri Kewangan ini juga berkata peruntukan untuk membiayai tuisyen MADANI ini diluluskan susulan kejayaan pelajar Terengganu berjaya peroleh keputusan cemerlang dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) tahun lalu.

Anwar Ibrahim Puji Keputusan BNM Turunkan OPR, Anggap Langkah Berhemah & Proaktif
2025-07-10 16:37:32

Anwar Ibrahim Puji Keputusan BNM Turunkan OPR, Anggap Langkah Berhemah & Proaktif

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...