Anwar Ibrahim Beri Amaran Keras Kepada MOTAC, Arah Pastikan Insiden Hidang Arak Tidak Berulang

Berita

Anwar Ibrahim Beri Amaran Keras Kepada MOTAC, Arah Pastikan Insiden Hidang Arak Tidak Berulang

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memberi amaran tegas kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), Datuk Seri Tiong King Sing serta seluruh kementerian berkenaan agar memastikan kesilapan menghidangkan arak di acara rasmi kerajaan tidak berulang.

Menurut Anwar, penjelasan yang diberikan oleh pihak MOTAC bahawa minuman keras hanya dihidangkan selepas selesai acara rasmi tidak boleh diterima dan sama sekali tidak wajar kerana dasar kerajaan telah menetapkan bahawa arak tidak boleh dihidangkan dalam sebarang majlis rasmi kerajaan.

Advertisement

Penjelasan MOTAC ialah ini setelah selesai acara rasmi, tapi tempat dan majlis yang sama.

Kami telah berikan peringatan keras kepada Menteri dan Kementerian supaya tidak mengulangi kesilapan ini walaupun penjelasan itu adalah bahawa program berakhir tetapi tidak wajar sama sekali.

Perdana Menteri berkata demikian kepada Bernama dan RTM di Kompleks Bunga Raya, hari ini selepas menghadiri majlis pelepasan Perdana Menteri Pakistan, Muhammad Shehbaz Sharif, yang selesai mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

wanita dakwa diperkosa ahli politik bergelar ustaz
2025-10-07 13:39:36

"Dia Orang Berpengaruh, Ramai Pengikut" - Wanita Dedah Diperkosa Ahli Politik Bergelar Ustaz Ketika Berubat?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...