November 14th, 2012

Walaupun menerima kritikan dan tidak kurang juga bidasan dari segenap lapisan masyarakat Internet, Anugerah Skrin (ASK) 2012 yang berlangsung 9 November lepas telah mencatatkan jumlah penonton seramai empat juta orang, mengikut kajian yang dibuat oleh Nielsen Media Research.
Menerusi satu kenyataan media melalui mStar Online hari ini, Ketua Pegawai Operasi Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar, berkata, rating yang dicapai membuktikan kejayaan tenaga kerja produksi anugerah itu dalam merealisasikan konsep dunia fantasi untuk penonton TV3.

ASK 2012 bukan hanya meraikan para penggiat dan karyawan seni tanah air malah ia juga sebagai batu loncatan bagi mereka yang memenangi anugerah tersebut untuk terus maju ke hadapan.

Selain itu, maklum balas yang diterima daripada para penonton bakal menyuntik semangat kepada kami untuk terus berusaha lebih gigih dalam menerbitkan produk yang lebih bermutu pada masa akan datang.

Sejak sekian lama di mana-mana negara, kejayaan sebuah program televisyen diukur berdasarkan jumlah penonton atau rating yang berjaya dicapai. Walaupun ada pihak yang menyalahkan individu tertentu kerana program ASK 2012 yang dianggap hambar, ia adalah penganjuran ASK 2012 yang mendapat rating tinggi dan ini mungkin menunjukkan yang kehadiran individu tertentu sebenarnya berjaya menarik minat orang ramai untuk menonton walaupun terdapat beberapa orang yang vokal dengan pendapat negatif berkenaan individu dan program terbabit semasa pengacaranya diumumkan sebelum itu.

Pendapat-pendapat yang membina pastinya diambil kira oleh pihak penganjur untuk memperbaiki penganjuran acara pada masa hadapan.

ASK 2012 diterajui oleh Awal Ashaari sebagai pengacara bergandingan dengan pelakon wanita popular, Neelofa bersama Datuk Rahim Razali, Datin Umie Aida, Harun Salim Bachik dan Abon.

Manakala acara karpet merah dikendalikan oleh Dynas dan Karl Shafek bersama Juara Pencarian Hos Pantene Anugerah Skrin Musim Kedua, Muhammad Fadzil Ahmad Shukor.

Melalui kenyataan itu juga, dikhabarkan TV3 bukan sahaja merangkul kadar tontonan tertinggi di televisyen malah ASK 2012 yang turut disiarkan menerusi laman web www.tv3.com.my/ask2012 turut mendapat kunjungan sebanyak 200,000 pelawat sepanjang anugerah itu berlangsung.

 

Written by shahzeeq
 
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

106 responses to “Anugerah Skrin 2012 Catat 4 Juta Penonton, Lebih 200,000 Pengunjung Laman Sesawang”

  1. syg neelopak,bluek,,, says:

    akulah antara 4 juta yg plg bodoh tgk…grr,,,,,

  2. Boneka 90 says:

    Neelofa tu belom layak lagi tuk mengacarakan anugerah berprestij cm ni..budak baru setahun jagung dh d beri tgungjawab cm ni..memg xjd r..dh r kaku..asyik slh skrip lak 2..pas2 nk tergedik2 atas pentas..then bler kene kutuk at paper ri 2..xmo ngaku kesilapan diri sndri..g duduk gua la pompuan klu x boleh kene tegur..dh r kene sound direct at ats pentas ri 2..PADAN MUKA!!!ahhahhaa

  3. lalalala says:

    4 juta masa show nak start… lepas 10 minit rasanyeee tingal 4,000 je…. muaaaaaakakakaka…. lawaknyeeee….

  4. cili pedas says:

    aku tengok pun aku nk tgk sapa yg menang.. kalau stakat nk tgk pengacara nya yg ntah hapa2 pengisian yg membuang masa x hingin aku nk ngadap depan tv..sudahnya belum abis siaran aku dah tidooo….zzzzzzzzzzzzzzzzz lagi baguih..

  5. sapapunboleh says:

    alahai tv3 berpijak lah di bumi yg nyata
    4juta tu tak menggambarkan pn ASK tu berjaya

    kesian sgt masih nk hidup dalam angan2

    ASK2012 mmg anugerah yg paling bodoh yg pernah aku lihat
    melalut sgt

    tlg lah buat tema lain tahun depan
    kalau nk pujian je tp tak nak amek kisah dengan nasihat untuk memperbaiki
    tak guna

Loading...