Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan bahawa Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bersedia untuk mempertimbangkan bagi mencalonkan gol pemain Pulau Pinang, Mohd Faiz Subri bagi merebut Anugerah Puskas FIFA 2016.
Kenyataan itu dibuat oleh Hamidin melalui satu kenyataan media selepas menerima surat dari FIFA hari ini.
Surat yang ditandatangani oleh Pemangku Setiausaha Agung FIGA, Markus Kattner itu turut menyataan penghargaan kepada FAM kerana menghantar surat untuk mencalonkan gol Faiz beserta salinan video gol terbabit.
Menurut Katner, biarpurn FIFA tidak menjamin gol terbabit akan menajdi 10 finalis untuk Anugerah Puskas FIFA 2016, namun ia tetap dalam pertimbangan.