Anuar Zain Kembali Selepas 8 Bulan Tidak Menyanyi

Hiburan

Anuar Zain Kembali Selepas 8 Bulan Tidak Menyanyi

Lama juga Anuar Zain menyepikan diri daripada sebarang program berbentuk nyanyian. Selepas konsert solonya Februari lalu, memang tiada sebarang jemputan, konsert atau persembahan yang dihadiri oleh Anuar Zain. Saja la tue nak bagi peminat-peminat merindui dirinya. Bijak juga taktik abang Nuar ini.

anuar zain

Advertisement

8 bulan menyepi akhirnya Anuar Zain akan membuat persembahan buat pertama kali dalam satu makan malam eksklusif yang dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Kebajikan Perancangan Bandar & Desa Semenanjung Malaysia (KESPERB). Makan malam yang dinamakan Malam Jalinan Mesra 2013 ini bertujuan untuk mengutip dana untuk disalurkan kepada tabung Kelab Sukan dan Kebajikan.
anuar zain

Agak menarik apabila harga meja Platinum untuk makan malam ini mencecah RM30,000 semeja. Satu angka yang cukup besar. Namun kalau anda peminat tegar Anuar Zain, apalah sangat nilai tersebut. Abang Nara yakin meja-meja yang dijual pada malam itu akan laku seperti pisang goreng.

anuar zain

Semoga Anuar Zain akan dapat memberikan persembahan terbaiknya pada malam itu. Lagi beberapa keping gambar terbaru Anuar Zain dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

anuar zain

P.S: Tangisan dan kegembiraan pastinya hadir di dalam setiap majlis perkahwinan. Rakamkan detik-detik tersebut bersama Ryaniez Moments Photography. Dengan promosi Tear & Joy mereka, anda pasti berpuas hati sehingga tersenyum girang dengan kualiti yang diberikan. LIKE Facebook Ryaniez Moments Photography untuk dapatkan info lanjut.

anuar zain
anuar zain
anuar zain
anuar zain
anuar zain
anuar zain
anuar zain
anuar zain
anuar zain

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...