Status Anuar Zain sebagai penyanyi tersohor dan selebriti senior sememangnya melayakkan dirinya untuk memberi teguran kepada artis baru. Teguran ini diberikan selepas beberapa kontroversi yang berlaku kepada artis baru yang menggunakan laman sosial untuk berkongsi video dan gambar mereka.
Bagi Anuar, tindakan sesetengah artis yang berkongsi video atau gambar tidak senonoh menyebabkan golongan artis Malaysia dipandang rendah secara keseluruhan. Kata Anuar Zain kepada Berita Harian:-
Teguran ini bukanlah untuk menyinggung sesiapa. Cuma, apabila sesetengah artis memuat naik gambar atau perilaku tidak senonoh di laman media sosial mereka, tak pasal-pasal artis lain terbabit sama. Cuba kita perhatikan komen yang dibuat terhadap gambar atau video terbabit, kebanyakannya menyalahkan artis Malaysia kerana bertindak bodoh.
Itu yang saya katakan, artis yang tak berdosa pun akan terbabit sama dikata bodoh gara-gara tindakan mereka itu
Ada benarnya kata Anuar Zain itu. Tak pasal-pasal artis yang mempunyai rekod bersih turut terpalit dengan perbuatan tidak senonoh artis-artis baru ini. Tambah Anuar Zain lagi:-
Kalau kita perhatikan, jarang artis Indonesia, Singapura memuat naik gambar mereka dengan aksi yang bukan-bukan. Mereka cukup menjaga privasi dan kelakuan mereka supaya nama mereka tidak tercemar atau menjadi bahan kutukan. Lagi pun, kalau kita muat naik aksi tidak senonoh, bimbang pula ia akan menjadi ikutan terutama kanak-kanak. Mereka pasti akan menjadikan alasan, jika artis kesayangan mereka boleh buat, mengapa mereka pula dilarang?
Semoga teguran ikhlas Anuar Zain ini akan diambil menjadi pengajaran terutamanya kepada artis baru. Abang Nara respek dengan Anuar Zain kerana tidak banyak kontroversi yang berlaku sepanjang kariernya sebagai penyanyi. Semoga perkara ini boleh dicontohi oleh artis-artis lain.