Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Anuar Zain Akui Buat Rawatan Bentuk Wajah

Mungkin ramai di antara anda yang tertanya-tanya bagaimanakah Abang Anuar Zain ini mengekalkan kekacakan wajahnya. Rasanya daripada 10 tahun dulu sehinggalah hari ini, tetap maintain handsome gitu. Rupa-rupanya ada rahsia di sebalik kekacakan wajah Anuar Zain.

anuar zain

Di dalam Utusan Malaysia hari ini, Anuar Zain mengakui yang dia ada membuat rawatan bentuk wajah. Namun begitu, rawatan yang dibuat tidak melibatkan suntikan botox. Sebaliknya teknik yang digunakan sekadar teknik urutan.

Advertisement

Jangan salah sangka, apa yang saya lakukan ini bukannya botox. Kaedah rawatan yang baru saya jalani tahun ini berbentuk urutan di bahagian wajah saya. Bagaimanapun proses ini akan menyebabkan muka saya membengkak untuk beberapa hari sebelum membuat urutan susulan bagi membentuk semula wajah saya

Menurut Anuar Zain, rawatan ini dilakukan setiap kali kulit wajahnya menggeleber. Selain daripada rawatan ini, Anuar Zain yang kini berusia 41 tahun turut mengamalkan pemilihan makanan seperti Omega 3 untuk mengekalkan kecantikan wajahnya.

Kalau Abang Nara ada duit lebih sikit nanti nak pergi tanya Anuar Zain lah kat mana dia dapatkan rawatan nie. Nampak macam menarik sebab setakat ini tak adalah nampak lain macam muka Anuar Zain. Nampak natural dan paling penting maintain handsome tanpa perlu sakit dicucuk botox.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top