Anthony Loke Jangka Kutipan Daripada ‘VEP’ Yang Dikeluarkan Kepada Kenderaan Singapura Akan Melepasi RM100 Juta

Automotif

Anthony Loke Jangka Kutipan Daripada ‘VEP’ Yang Dikeluarkan Kepada Kenderaan Singapura Akan Melepasi RM100 Juta

Menurut Menteri Pengangkutan Anthony Loke, hasil kutipan daripada Permit Masuk Kenderaan (VEP) yang dikeluarkan kepada kenderaan Singapura yang akan memasuki Malaysia dijangka akan melebihi RM100 juta tahun ini.

Memetik dari The Star, beliau berkata jumlah kutipan daripada VEP tahun lepas berjaya mencecah RM91,037,040 juta.

Advertisement

Dalam jangkaan peningkatan kenderaan dari Singapura yang memasuki Johor tahun ini, saya anggarkan kutipan akan melepasi RM100 juta.

Hasil kutipan kerajaan disalurkan ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.

Daripada RM20 yang dikutip daripada setiap VEP, RM5 dikembalikan kepada kerajaan Johor. Kami akan berunding dengan Kementerian Kewangan untuk kutipan VEP disalurkan untuk tujuan pengangkutan awam di Johor.

Menurut Anthony Loke lagi, terdapat 89,818 perjalanan melibatkan pelbagai kenderaan telah menyeberang dari Johor ke Singapura setakat bulan lepas.

sistem vep
2 months ago

Papar Saman PDRM Di Papan Tanda LED, Rakyat Singapura Tak Puas Hati Malaysia Buat Sistem VEP?

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : The Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...