Hakim terbaik kejayaan sesuatu program ialah penonton. Untuk program berprestij seperti Anugerah Juara Lagu (AJL), jumlah penonton tidak pernah menjadi masalah kerana ia program bersejarah yang sudah berpuluh tahun membina tapak di industri hiburan dan siaran.
Namun begitu, AJL tidak sunyi dari kritikan, terutamanya mengenai pemilihan pengacara. Bagaimanapun, gandingan pengacara tahun ini iaitu Aliff Satar dan Sherry Al-Hadad mendapat pujian ramai penonton, malah ada yang menganggap mereka pengacara terbaik AJL dalam sejarah.
Di Twitter, ramai memberi pendapat bahawa gandingan Aliff Satar ialah gandingan terbaik pernah ditampilkan untuk AJL atas beberapa faktor, antaranya ketiadaan fokus terhadap penaja dan iklan yang ‘mengganggu tumpuan’.
Don't you just love AJL this year? No camera dekat muka sponsor, pengacara look natural and every performances is on another level. EVERYONE DESERVES TO WIN. #AJL32
— nuraisyah (@aisyahwnr) February 11, 2018
Pengacara paling cool kat Malaysia ialah Alif Satar. Tenang, bijak, tak cuba nak bersaing dengan co-host, hormat, comel, suara sedap, acting power. Pakej lengkap. #Ajl32
— fazleena hishamuddin (@fazleenaH) February 11, 2018
Gandingan Sherry dan Alif Satar ni best. Nak bahan pon sesama sendiri. Bukan macam pengacara lain, kalau boleh semua orang dia nak bahan.
OK walaupun agak terlambat, kejayaan #AJL32 malam tadi bagi aku, antaranya adalah:
1) Tidak memilih pelawak sebagai pengacara.
2) Tiada tauke produk kosmetik sebagai penaja.— biasan kaca (@haizir_othman) February 12, 2018
#AJL32— ???? (@SyafaatNasir) February 11, 2018
Pokok pangkalnya , pengacara yang menghidupkan suasana ?
Serta tiada iklan kosmetik , kan ?
Siapa setuju ?#AJL32
— ???? ???? (@nblhkl_) February 11, 2018
Ajl this year is Kebaboom!!!!!! Finalis semua buat yang terbaik, setiap persembahan ada mesej yang tersindiri, pengacara the best so far, tak over, relax relax je, lawak sikit sikit, yang paling best crowd dekat axiata arena tu supportive gila!!!!!! #Ajl32
— ManusiaBiasa (@nurulnadia95) February 11, 2018
‘
Best #AJL32 kali ni. Antara yg terbaik drpd sebelum sebelum ni.
?? Pengacara best
?? Persembahan semua happening ?
?? Ada pop yehyeh ?.. Layaannn beb
?? Pemenang pon adalah orang yg sememangnya layakDan yg paling penting..
Takda DSV & Alif Syukri yg annoying gila ?— Bro hati ada bunga bunga ????? (@bro_tot) February 11, 2018
This year punyer #AJL32 Concept best! Staging Gempak! Pengacara happening!, Performance terbaik!, Penonton pun sporting habis!
Congrats @tv3malaysia, congrats team #AJL32! Ini yg kita mahukan! ???
— Nasir Pasir (@WanMohdNazri) February 11, 2018
Ada yang mengatakan, momentum penganjuran seperti ini harus dikekalkan untuk memastikan Tv3 dapat terus bersaing dengan stesen televisyen lain dalam penganjuran siaran langsung berunsur hiburan yang berprestij. Tahniah diucapkan buat TV3! – beautifulnara.com
Marina Abu Mansoor
October 8, 2018 at 2:31 pm
Pihak astro plss tukar pengacara gegar vaganza
2018 musim kelima.x berminat lgsung nabil n jihan.kadang2 terlebih over sgt.plss take action pengacara jihan n nabil tukar secepat mungkin.tukar pd aliff satar n sherry al hadad.
aku
February 15, 2018 at 5:19 pm
aku asik ulang tayang yang part zoom kat sajat tuuu…alifff gelak comel gile… sherry mmbahan pon die cool je, gelak comel….takde nak nasi tambah pon..
aku rase klu dpt kt johan ke nabil ke zizan ke, smpai abes rancangan mau asik cite psl tu jeq. hahahahaaa! aliff the best! blakon best. pengacara pon best!
Noname
February 14, 2018 at 12:04 pm
Mmg btui..AJL mmg meletup taun ni Bab host AS & SAH best..lagu pun best n selingan pop yeh yeh Tu tabik spring la n xda penaja yg over nk interframe…