Antara Pencapaian Dr Maszlee Malik Ketika Bergelar Menteri Pendidikan

Trending

Antara Pencapaian Dr Maszlee Malik Ketika Bergelar Menteri Pendidikan

Khabar angin YB Dr Maszlee Malik, ingin meletakan jawatan sebagai Menteri Pendidikan akhirnya terjawab apabila beliau sendiri mengumumkan keputusan itu di Kementerian Pendidikan di Putrajaya, dalam satu sidang media khas petang semalam.

Tidak dinafikan, keputusan meletakkan jawatan itu adalah satu kehilangan besar buat negara. Rata-rata rakyat Malaysia cukup kecewa dengan berita tersebut, mereka menganggap Dr Maszlee seorang tokoh yang penuh dedikasi dalam kerjanya dan sudah membawakan pelbagai pembaharuan dalam sistem pendidikan negara.

Advertisement

maszlee malik letak jawatan

Malah, ada yang mahu beliau kembali menggalas tanggungjawab sebagai Menteri Pendidikan Malaysia.

Antara pencapaian Dr Maszlee ketika bergelar Menteri Pendidikan

Sifar Sekolah Daif

KPM berjaya menyiapkan 90 peratus daripada keseluruhan 534 projek baik pulih sekolah daif di seluruh negara pada tahun 2019. Inisiatif khas ini agar semua guru dan anak murid mendapatkan akses kepada pendidikan berkualiti serta infrastruktur sekolah yang menampung pembelajaran yang kondusif.

Penambahbaikan Pendidikan Untuk Pelajar OKU

Peruntukan sebanyak RM23 juta disalurkan kepada sekolah kebangsaan, bagi pembangunan kemudahan mesra Orang Kelainan Upaya (OKU),membantu golongan itu mendapat pendidikan sama rata, tidak tercicir dalam mendapatkan ilmu pembelajaran.

maszlee malik sah letak jawatan

Program Pertukaran Guru “Suka Sama Suka”

Inisiatif ini bagi membantu guru, supaya kurang tertekan dan fokus dalam mendidik anak murid. Permohonan pertukaran itu boleh dilakukan secara atas talian.

Program Sarapan Pagi Percuma

Program itu diperkenalkan pada Januari 2020, bagi memastikan pelajar-pelajar terus kekal sihat dan cergas di samping dapat membantu mereka memberi tumpuan sebaik mungkin dalam pelajaran setiap hari.

Perkhidmatan Internet Kelajuan Tinggi

KPM telah membekalkan perkhidmatan capaian internet di 10,190 sekolah seluruh negara di kawasan bandar serta luar bandar. Menggunakan teknologi yang bersesuaian, bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

maszlee malik letak jawatan

Jaga Kebajikan Guru

Tugas para guru amat mulia dan tidak harus membebankan. Oleh itu, 50 peratus beban guru dikurangkan melalui penghapusan sistem buku kehadiran manual dan linus. Bagi pengurusan SPBT, kementerian menambah baik proses perekodan yang mana guru tidak perlu menulis perolehan, pengurangan bilangan fail dan pengisian maklumat secara digital (softcopy).

Malah, skim perlindungan insurans untuk guru ketika berada di luar kawasan sekolah akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Peningkatan Pendidikan TVET

Technical and Vocational Education Training (TVET) atau lebih dikenali sebagai Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional mampu menambah penyertaan belia dalam bidang kemahiran. Melalui program ini, mereka dapat meningkatkan kemahiran diri kerana dan akan didedahkan dengan keupayaan sesuatu produk dengan lebih dekat melalui eksperimen atau uji kaji.

Maszlee Malik letak jawatan

Dalam tempoh yang singkat, KPM dibawah kepimpinan Dr Maszlee telah berusaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Banyak pembaharuan yang telah dan akan dilaksanakan dibawah portfolio beliau. 

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...