Rancangan hiburan yang paling mencuri tumpuan tahun ini selain daripada Maharaja Lawak sudah tentulah AF9 dan Mentor 5. Kedua-duanya ada pengikut mereka yang tersendiri. Cuma Abang Nara tertanya-tanya apakah citarasa pembaca BeautifulNara. Adakah anda merupakan pengikut Mentor 5 atau pengikut AF9?
Daripada yang Abang Nara dengar-dengar, rasanya lebih ramai yang menyukai dan mengikuti perkembangan program Mentor 5 berbanding AF9. Kemungkinan besar sebabnya ialah kewujudan mentor-mentor yang popular seperti Datuk Sharifah Aini, Erra Fazira dan Afdlin Shauki yang turut menyanyi bersama-sama protege mereka. Manakalah untuk AF9, kekuatannya sudah tentu kepada pengacara paling popular Malaysia, Aznil Haji Nawawi.
Dari segi pelajar-pelajar, kedua-duanya memang mempunyai kelebihan masing-masing. Cuma mungkin program Mentor mempunyai sedikit kelebihan kerana protege yang tidak terlalu ramai. Jadi penonton-penonton dapat diberi masa untuk menilai kekuatan protege-protege yang bertanding. Ini kerana setiap minggu hanya 3 protege sahaja yang akan bertanding. Adakah format pertandingan Mentor lebih baik daripada format pertandingan AF9?
Jadi Abang Nara nak tahu sedikit pandangan korang. Kalau sudi, undilah di bawah ini. Dan lagi best kalau ada yang sudi berkongsi pendapat di ruangan komen. Luahkan apa yang telah terpendam dalam jiwa anda. Jangan simpan-simpan. Mana tahu ada pihak berkenaan yang membacanya.
Undi jangan tak undi.