February 28th, 2018

Hari ini, Ude Wahid dan isteri pertamanya Intan Liana Salleh telah hadir ke Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur untuk menguruskan lafaz cerai setelah memfailkan permohonan perceraian pada 30 November 2017.

mStar Online melaporkan, peguam Ude, Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain bagaimanapum memohon penangguhan lafaz cerai itu bagi tujuan untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas penceraian dan permohonan itu dibenaran mahkamah.

22 Mac depan ditetapkan bagi sebutan semula kes berkenaan oleh Hakim Syarie, Shaiful Azli Jamaludin.

Antara alasan penceraian yang disebut oleh peguam Ude adalah tiada persefahaman antara Ude dan isteri pertamanya itu.

Intan, 33, hadir ditemani ahli keluarganya dengan berjubah dan tudung hitam kira-kira pukul 2.10 petang manakala Ude pula tiba pada pukul 2.30 petang.

Intan menangis ketika bercakap dengan wakil media.

Pemuzik bebas itu memfailkan permohonan melalui peguamnya mengikut seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003. – beautifulnara.com


43 responses to “Antara Alasan Perceraian Ialah Tiada Lagi Persefahaman Dengan Isteri Pertama – Peguam Ude Wahid”

  1. Nuris says:

    Sebab ape blh jd tidak sefahaman..puncanya sbb ude kwin ngn izreen..dah tu secara senyap pulak tu..kalau betul izreen dan ude hormati perasaan dan phm perasaan seorang wanita..diorg xkn kahwin syp2..ni kes xpikir panjang ni..xpe kak intan..banyakkan bersabar..die bkn lelaki terbaik utk akk..let it go..xmustahil satu hari nnt kalo izreen pula berada situasi dan di tempat akk..time tu baru die tahu natijahnya..bkn je kak intan yg rase perasaan mcm ni..org lain kt luar tu senasib ngn kak intan pn akan buat suami dan isteri jadi xsefahaman..wanita manalah di zaman ni yg sanggup berkongsi kasih..blh kira dengan jari la nk jumpe wanita yg sudi bermadu..be strong kak intan..harap ade sinar kebahagiaan utk kak intan.

  2. Anonymous says:

    Peguam syarie ude, datuk mohd zaidi mohd zain ni bukan peguam syarie yg mewakili rita ke masa kes cerai dia dulu? Kebetulan agaknya.

  3. Anonymous says:

    Br kawin baru berapa bln dh x de perasaan. Cpt betul hilang perasaan tu wpun dh 5 thn kawin. Yg bini no 2 jgn nk happy sgt …. hidup spt roda kali ni ko bahagia x mustahil esok lusa ko dpt balasan nye…

Loading...